Monday, June 20, 2011

Latar belakang saidina hussin serba ringkas-kesinambungan keturunan mulia

Makam Saidinah Hussein. Saidina Hussein merupakan cucu baginda Rasulullah S.A.W. Beliau adalah anak hasil dari perkongsian hidup antara Saidina Ali & Saidatina Fatimah(anak baginda). Beliau merupakan seorang pemuda yang berpegang kepada prinsip. Malangnya, beliau mati dibunuh di Karbala ketika dalam perjalanan ke Kufah oleh tentera Bani Ummaiyyah



     Saidina Hussin dilahirkan di Kota Madinah pada 5 Sya’ban, tahun 4 Hijrah. Perbezaan umur di antara Saidina Hussin dan abangnya Sayyidina Hassan adalah setahun sepuluh bulan. Lahirnya Saidina Hussin turut menambahkan kegembiraan Rasulullah SAW. Baginda yang memberi nama “Hussin” itu yang bermaksud, “Si kecil cantik”.

    Sewaktu menyambut kelahiran cucu lelakinya yang kedua itu, Rasulullah SAW begitu ceria. Sewaktu memangku cucunya itu, tiba-tiba wajah baginda berubah. Orang-orang yang berada di keliling baginda merasa hairan mengapa wajah baginda tiba-tiba berubah sedih. Rupanya Rasulullah SAW sudah tahu bahwa akhir hidup Saidina Hussin amatlah menyedihkan di mana beliau akan dibunuh dengan kejam.Sebagai cucu yang selalu dipanggil sebagai puteranya, Rasulullah SAW sangat sayang sekali dengan Saidina Hussin.

    Pada suatu hari, ketika masih kecil, Saidina Hussin kelihatan bertengkar dengan abangnya Saidina Hassan di hadapan baginda dan ibu mereka, Siti Fatimah. Perkara seperti itu biasa berlaku di kalangan kanak-kanak. Rasulullah SAW segera menegur Hassan. Siti Fatimah merasa kurang senang melihat sikap Rasulullah SAW menegur seorang saja dari kedua cucunya itu. Maka Siti Fatimah berkata:
“Wahai ayah, kenapa menegur Hassan saja?”
“Kerana Jibril sudah menegur Hussin,” jawab baginda.
Tatkala kecilnya Saidina Hussin selalu berada di sisi datukya, sewaktu baginda sedang mengajar para Sahabat. Maka dia mendapat pelbagai ilmu dan contoh teladan dari datuknya itu secara langsung.

     Sebagaimana abangnya, Saidina Hussin juga seorang yang cerdik. Dia telah dapat menghafal hadith-hadith Rasulullah semenjak kecil.Saidina Hussin memang ditakdirkan Allah untuk menjadi seorang yang agung di kalangan umat Islam. Semenjak kecil, beliau menunjukkan contoh-contoh akhlak yang terpuji sebagai mewarisi sifat-sifat ayah dan datuknya. Semenjak kecil juga, beliau telah menunjukkan sifat berani sebagaimana ayahnya juga. Setelah kewafatan Rasulullah, yakni waktu Saidina Umar Al Khattab menjadi Khalifah, ketika beliau sedang memberi khutbah di mimbar, Saidina Hussin yang masih kanak-kanak telah berkata kepada Saidina Umar dengan beraninya,
“Turun engkau dari mimbar ayahku (Rasulullah SAW) dan pergilah berkhutbah di atas mimbar ayahmu.”
Saidina Umar yang suka merendah diri menjawab dengan lembut kepada cucu kesayangan Rasulullah itu,“Ayahku tidak mempunyai mimbar seperti ayahmu.”
Saidina Umar turun dari mimbar dan mengangkat Sayyidina Hussin untuk duduk di sebelahnya sebelum menyambung khutbahnya. Demikian beraninya Sayyidina Hussin waktu kecilnya.

    Pembunuhan Sayyidina Hussin di Karbala Dalam hal keberanian, Saidina Hussin melebihi Saidina Hassan, abangnya. Demikianlah yang telah diwariskan dari Rasulullah SAW untuknya. Beliau banyak menyertai peperangan bersama umat Islam.Sewaktu kewafatan Khalifah Saidina Ali, Sayyidina Hassan telah dilantik sebagai khalifah. Demi menjaga perpaduan umat Islam, akhirnya Saidina Hassan menyerahkan jawatan itu kepada Sayyidina Muawiyah. Saidina Hussin tidak setuju dengan tindakan abangnya itu. Namun karena menghormati abangnya, maka Saidina Hussin mengalah.

     Sebelum Muawiyah meninggal, beliau telah berwasiat agar anaknya Yazid menggantikan tempatnya setelah dia tiada. Waktu itu Yazid memaksa semua para Sahabat membuat pengakuan taat setia kepadanya. Ketika itu Saidina Hussin telah berangkat meninggalkan Kufah, menuju ke Madinah. Sebenarnya ramai yang tidak setuju dengan perlantikan Yazid itu. Penyokong-penyokong Saidina Hussin mengutus surat kepadanya agar dia kembali ke Kufah untuk dilantik sebagai Khalifah. Penduduk Kufah enggan menerima Yazid sebagai khalifah.Sebelum kembali ke Kufah, Saidina Hussin telah mengantar utusannya untuk menyelidiki apakah benar isi kandungan surat itu. Setelah ternyata ia benar maka Saidina Hussin bersiap-siap untuk membawa kaum keluarganya kembali ke Kufah. Saidina Hussin yang sangat baik, tidak sedikit pun menaruh prasangka bahwa suatu yang buruk akan menimpa dirinya dan ahlul bait yang lain.

    Para Sahabat Rasulullah yang masih hidup ketika itu menasehati Saidina Hussin agar jangan kembali ke Kufah karena keadaan ketika itu sangat bahaya. Kerabatnya yang terdekat iaitu Abdullah bin Abbas telah bersungguh-sungguh mencoba menghalangi Saidina Hussin namun Saidina Hussin tetap dengan pendiriannya. Kemudian Abdullah menasehainya pula agar jangan membawa ahli-ahli keluarga karena bimbang jika apa yang menimpa Khalifah Uthman bin Affan juga akan menimpa Saidina Hussin.

    Sewaktu Khalifah Uthman dibunuh oleh pemberontak, peristiwa itu disaksikan oleh ahli keluarganya sendiri. Abdullah bimbang jika keluarga dan keturunan Rasulullah SAW akan dibunuh semuanya.Saidina Hussin tetap mau membawa keluarganya bersama. Maka akhirnya rombongan Saidina Hussin yang terdiri dari 72 orang pun berangkat ke Kufah. Kebanyakan anggota rombongan adalah wanita dan kanak-kanak termasuk anak Saidina Hussin iaitu Ali Zainal Abidin yang sedang meningkat remaja.Ada pihak memberitahu Yazid bahwa Saidina Hussin hendak merampas kuasa. Maka Yazid telah menghantar tentaranya untuk menghalangi Saidina Hussin dari dibaiat oleh penduduk Kufah.

    Ada riwayat yang menyatakan bahwa Yazid cuma mengarahkan tenteranya untuk mengintrogasi, bukan untuk membunuh Saidina Hussin dan keluarganya. Namun, apa yang berlaku seterusnya sungguh sangat menyayat hati.Rombongan Saidina Hussin yang seramai 72 orang itu terpaksa berhadapan dengan tentara Yazid sebanyak 4000 orang. Terjadilah peristiwa berdarah di Karbala. Pembunuhan kejam terhadap kaum keluarga Rasulullah SAW di Karbala itu berlaku pada 10 Muharram tahun 61 Hijrah. Pertempuran itu telah menyebabkan hampir seluruh anggota rombongan Saidina Hussin dibunuh.Pertempuran itu berlaku dari waktu subuh hingga ke waktu Asar.

    Sungguhpun rombongan Saidina Hussin, kecil jumlahnya namun mereka bermati-matian mempertahankan diri. Dalam perang itu, Saidina Hussin menunjukkan keberanian luar biasa. Walaupun dalam keadaan sulit dan bahaya, beliau sempat mengerjakan solat Zuhur dan Asar.Apabila hampir senja, tinggal beberapa orang saja dari kalangan keluarga Saidina Hussin sedangkan pihak musuh telah kehilangan hampir 1000 orang tentaranya. Pertempuran yang berlangsung begitu lama menunjukkan betapa hebatnya Saidina Hussin dan anak-anak buahnya menentang musuh. Akhirnya Saidina Hussin menemui ajalnya apabila sebatang anak panah tiba-tiba mengenai tubuhnya, tepat di bahagian jantungnya.

     Dalam keadaan berlumuran darah dan amat letih setelah sehari suntuk berperang, Saidina Hussin menghembuskan nafasnya yang terakhir di Padang Karbala itu.Kata-kata terakhir yang diucapkannya,“Oh Tuhan, mereka telah membunuh putera Nabi Mu sedangkan di dunia ini tiada lagi putera Nabi selain aku.” Dalam perang itu mereka yang selamat adalah wanita dan kanak-kanak termasuklah adik Saidina Hussin, iaitu Zainab Al Kubra dan anak Saidina Hussin iaitu Ali Zainal Abidin. Ali Zainal Abidin lah yang menjadi penyambung keturunan Rasulullah. Dia juga nyaris dibunuh tetapi Tuhan mengkehendaki agar bersambungnya keturunan Rasulullah, maka dia selamat.

     Kepala Saidina Hussin telah dipotong dan dihantar kepada Yazid.Demikianlah perginya cucu kesayangan Rasulullah SAW itu. Dia menjadi korban keganasan fitnah oleh golongan yang cinta dunia. Menurut suatu keterangan sejarah, tiada seorang pun dari mereka yang terlibat dalam pembunuhan Saidina Hussin dan ahlul bait di Karbala itu selamat. Allah telah menyegerakan hukuman untuk mereka di dunia lagi. Ada yang mati dibunuh, ada yang jadi buta, ada yang mukanya jadi hitam dan macam-macam lagi. Bahkan ada yang kehilangan kuasanya dalam waktu yang singkat. Mereka berniat untuk membunuh keturunan Rasulullah SAW tetapi Allah menyelamatkan Ali Zainal Abidin, anak lelaki tunggal Saidina Hussin sebagai penyambung zuriat baginda. Dari Ali Zainal Abidin, lahir ramai keturunan yang mulia dan suci ini.

Muhibbul Habib saw :
Drpd S.Ali kw, Rasul saw mencapai tangan Hasan & Husin lalu berkata: "Sesiapa yang mengasihiku & mengasihi kedua orang cucuku ini serta ibubapa mrk (S.Ali & S.Fatimah ra), maka mrk akan bersamaku di dalam kedudukanku (akan berada hampir dgnku di dlm syurga/berada dlm kedudukan ahli baitku) pada hari kiamat." Riwayat Imam Ahmad & Imam Tirmizi.

No comments:

Post a Comment