Thursday, June 16, 2011

6 tips menambah kecintaan terhadap Rasulullahﷺ oleh Syekh 'Awad Al-Manqoush

بسم الله والحمد والصلاة والسلام على رسول الله

Syekh 'Awad Al-Manqoush حفظه الله berkongsi 6 tips bagi mereka yang ingin menambahkan kecintaan kepada Sayyidina Rasulullah ﷺ :

1)Membaca sirah Rasulullah ﷺ sekurang-kurangnya 8 kali
2)Membaca Syamail Muhammadiyah sekurang-kurangnya 4 kali
3)Membaca kutub sittah (apa yang termampu) sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
4)Berselawat ke atas Rasulullah ﷺ sekurang-kurangnya 100 kali pada waktu pagi dan 100 kali pada waktu petang.
5)Melazimi majlis muhibbin Rasulallahﷺ
6) Makan tamar Madinah (kerana padanya turbah Al-Madinah)

~ Cinta bukan hanya setakat di bibir. Cinta perlukan bukti! Ayuh teman2, sama-sama kita buktikan cinta kita terhada Kekasih ﷺ.<3<3<3
والله المستعان...


“Tidak ada satu perkara yang lebih memberi manfaat untuk menerangkan hati melainkan dengan banyak mengingatkan Nabi sollallahu ‘alaihi wasallam dan mengucapkan selawat keatasnya.” oleh Kiayi Agung as-Sayyid Shaykh Muhammad ibn Abdullãh as-Suhaimi dalam kitabnya Nafahãtul Miskiyyah.

Telah diriwayatkan bahawa Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Tidak duduk (yakni hadhir) sesuatu kaum dalam sebuah majlis kemudian mereka berpisah atau bersurai tanpa berselawat ke atasku melainkan perpisahan mereka itu atas bau busuk seperti bau bangkai himar." Hadith riwayat Imam Ahmad, dihukumkan sahih oleh al-Imam Suyuţi di dalam kitab al-Jami’ as-Saghir.

Marilah meraikan dan menghidupkan hari-hari Allah! Marilah meraikan dan menghidupkan penghayatan kepada peristiwa-peritiwa agung di dalam sejarah Islam!

Marilah memperingati perjalanan agung kekasih kita Sayyidina Muhammad ibn Abdullah!
memperingati perjalanan agung Isra’ & Mi’raj sebaik-baik manusia.
Telah berkata al-Imam Ibnu Hajar al-Haitami asy-Syafi’ie dalam kitabnya “Ni’matul Kubra ‘alal ’alam fi Maulidi Sayyidi Waladi Adam” : Telah berkata Sayyidina Abu Bakar radhiyallahu ‘anhu : “Barangsiapa menaja satu dirham bagi menggalakkan bacaan Maulid Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam adalah si penaja itu menjadi temanku (insya’Allah) di dalam Syurga.”

Ya Allah, limpahkanlah semulia-mulia selawat dan salam ke atas Penghulu dan Nabi kami Muhammad yang amat pengasih lagi penyayang....

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

No comments:

Post a Comment