terjemahan qasidah Qara'na fid Dhuha قَرَأْنَا فِي الضُّحَى وَلَسَوْفَ يُعْطِيك فَسَرَّ قُلُوْبُنَا ذَاكَ الْعَطَاءُ Telah kami baca di dalam Surah Dhuha “Dan kelak kamu akan diberi kurnia” Maka gembira hati kami atas kurniaan itu وَأَحْسَنُ مِنْكَ لَمْ تَرَ قَطُّ عَيْنِيْ وَأَجْمَلُ مِنْكَ لَمْ تَلِدَ النِّسَاءُ Dan yang lebih baik darimu belum pernah telihat oleh mata Dan yang lebih indah darimu belum pernah dilahirkan para wanita حَشَاكَ يَارَسُوْلَ اللهِ تَرْضَى وَفِيْنَا مَنْ يُعَذَّبُ أَوْ يُسَاءُ Tidak sesekali wahai Rasulullah akan kau redha Sedangkan diantara kami ada yang diazab dan diperlakukan keburukan keatasnya خُلِقْتَ مُبَرَّأً مِنْ كُلِّ عَيْبٍ كَأَنَّكَ قَدْ خُلِقْتَ كَمَا تَشَاءُ Engkau dicipta bebas dari segala aib Seakan-akan engkau dicipta seperti yang mana yang kau inginkan dirimu diciptakan نَبِيٌّ هَاشِمِيُّ أَبْطَحِيٌّ شَمَائِلُهُ السَّمَاحَةُ وَالْوَفَاءُ Nabi dari Bani Hasyim dari Abtah (sebuah tempat di Mekkah) Keperibadiannya lemah lembut dan penuh kasih dan sayang Dalam beit (rangkap) qara'na fi duha wa lasaufa yu'tika Telah kami baca di dalam Surah Dhuha “Dan kelak kamu akan diberi kurnia”* penyair berkata aku baca dalam surah duha ayat 5 "dan kelak kamu (wahai Muhammad sollallahu alaihi wasallam) akan diberi kurnia maka engkau akan redha (suka). Tafsir menjelaskan bahawa Allah subhanahu wa Ta'ala memberikan apa sahaja permintaan Baginda sollallahu alaihi wasallam lalu Imam Qurtubi menjelaskan dalam tafsir ayat 5 surah duha ini bahawa ketika ayat ini diturunkan maka Baginda sollallahu alaihi wasallam pun berkata "jika begitu aku tidak akan sesekali redha seorang pun dari umatku dicampak kedalam api neraka" maka penyair pun berkata "fasarra qulubana dzakal ato'u" yg bermaksud "Maka gembira hati kami atas kurniaan itu!" Allahumma solli wasallim wa baarik alayh wa ala aalih.....................
- اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
Bait2 qasidah yang dinasyidkan oleh Abdul Salam al-Hasani sgt indah dan menynetuh qalbu2 muhibbin yang merindui Rasulullah sollahu'alaihi wasalam... Pernah dalam satu majlis, Syeikh Muhammad Said ramadhan al-Buti dan Habib Ali al-Jufri mennagis saat qasidah dilantunkan oleh Abdus Salam al-Hasani.. Indahnya dalam bahagia....Allah....
ReplyDeleteاللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم