17 Perkara yang Dipesan Untuk Amal Oleh Baba Abdul Aziz pada pengajian Kitab Qothrul Ghosiah.
Mutiara Ilmu Dan Pegangan Orang Salik daripada petikan kitab Qothrul Ghosiah
# diterjemah dari kitab asal tulisan jawi. (Kitab di dalam bahasa rumi bahasanya tidak sesedap kitab jawi)
(Ketahui olehmu) Bahawasanya tiada yang terlebih memberi manfaat kepada engkau atas meninggal dunia dan b...erpaling daripada makhluk dan melawan syaitan dan melawan hawa nafsu melainkan dengan tujuh belas perkara :-
(Pertamanya) Percaya engkau dan yakin engkau dan ikut engkau dan
berpegang engkau dengan barang yang Allah taala kata dan barang yang
Rasul kata dan jangan engkau percaya dan engkau ikut akan perkataan
orang yang lain daripada keduanya.
(Keduanya) Engkau taat akan
Allah dan Rasul dan jangan engkau taat akan orang yang lain daripada
keduanya sekali-kali jika tiada muafakat hukumnya dengan hukum keduanya
(Ketiganya) Hendak tetap hati engkau bergantung dan berserah kepada
Allah segala pekerjaan engkau dan jangan engkau berserah dan bergantung
kepada orang yang lain daripadanya sekali-kali kerana orang yang lain
daripada Allah iaitu lemah ia dan jahil ia daripada segala pekerjaan
engkau
(Keempatnya) Hendaklah engkau tanggung dan sabar
tiap-tiap Qadar dan Qadar yang datang daripada Allah taala atas engkau
kerana sudah engkau ketahui dengan yakin akan yang demikian itu tiada
dapat engkau hendak melepas akan diri engkau daripadanya
(Kelimanya) Hendaklah engkau jazamkan sekalian barang yang maujud di
dalam alam dunia ini dan barang yang maujud di dalam alam akhirat di
sana sekaliannya itu perbuatan Allah dengan takdirnya sendiri dan tiada
bersyarikat ia dengan sapa-sapa(siapa-siapa) dan tiada mengikut ia akan
perkataan sapa-sapa dan tiada mengerling ia kepada ikhtiar sapa-sapa
dan kehendak sapa-sapa
(Keenamnya) Hendaklah engkau jazamkan
bahawa sungguhnya tiada satu orang dan satu makhluk ini yang memberi
bekas pada satu perbuatan barang apa perbuatan ada ia di dalam dua alam
ini melainkan Allah jua yang memberi bekas ia pada segala perbuatannya.
(Ketujuhnya) Jangan sekali-kali engkau ingat dan kerling akan
ketinggian dan kebesaran dan kemegahan dan kemuliaan pangkat dan darjat
dan kesempurnaan bagi yang lain daripada Allah kerana sekaliannya
ketentuan bagi Allah jua seperti firmanNya (Alhamdulillah hi robil
alamin) dan sabda nabi Sallahualaih wasalam pada hadis qudsi (keduanya
telah disebut sebelum ini)
(Kedelapannya) Hendaklah engkau
yakinkan dan jazamkan bahawasanya ketuhanan iaitu kaya Allah taala
daripada tiap-tiap barang yang lain dan berkehendak oleh tiap-tiap
barang yang lain daripadanya kepadaNya iaitu tertentu ia bagi Allah jua
dan tiada ia bagi yang lain daripadanya sekali-kali
(Kesembilannya) Hendaklah engkau tentu akan Allah itulah yang disembah
dengan sebenarnya, tiada yang lain daripadanya sekali-kali yang disembah
dengan sebenar-benarnya di dalam langit bumi ini
(Kesepuluhnya) hendaklah engkau tetap-tetap akan jazam engkau akan
bahawasanya engkau dan sekalian makhluk ini hamba Allah taala dan ikutan
Rasulullah dan bukan mereka itu hamba bagi orang lain dan ikutan bagi
orang yang lain sekali-kali kerana sekalian makhluk ini Allah yang
mengada akan dia dan memerintah akan dia pada sekalian perkaranya tiada
orang lain
(Kesebelasnya) Jangan engkau minta apa-apa dan jangan engkau harap apa-apa kepada orang lain daripada Allah taala
(Keduabelasnya) Jangan engkau takut akan seseorang yang lain daripada
Allah sekali-kali dan jangan ikut akan amalan orang yang lain daripada
Rasulullah sekali-kali
(Ketigabelasnya) Jangan engkau niat dan
ingat dan agham hendak berbuat zalim kepada satu-satu makhluk Allah
kerana mereka itu hamba Allah bukan hamba engkau
(Keempatbelasnya) Sentiasa engkau berdiri dengan agama Allah taala mengerja akan dia dan menolong akan dia
(Kelimabelasnya) Sentiasa berhadap engkau kepada Allah taala dengan
musyahadah dan taat dan khidmat dan ibadat kepadanya semata-mata dan
jangan engkau sekutu akan dia dengan orang lain daripadaNya sekali-kali
di dalam ibadat engkau kepadanya
(Keenambelasnya) Hendaklah engkau tuntut rezeki yang halal dan menjauh rezeki yang haram seboleh-bolehnya
(Ketujuhbelasnya) Hendaklah engkau cari guru dan sahabat orang yang
berpegang dengan hatinya dan dengan segala anggotanya akan enam belas
perkara yang tersebut dahulu itu.
Wallahu 'Alam...
Sumber dr Pondok Habib 28612
No comments:
Post a Comment