Tuesday, May 1, 2012

PESANAN HABIB UMAR KEPADA KITA SEMUA RAKYAT MALAYSIA.....:-)



Habib 'Umar telah menyampaikan nasihat yang amat berguna kepada kita semua semasa kehadirannya baru2 ini di Negara Malaysia,bersama2lah kita merenungkan apa yang disampaikan oleh Pendakwah ke Jalan Allah dan Rasul saw ini:

"Betapa ramai orang berbicara tentang Agama, akhirnya membawa kepada jema'ah tertentu. Betapa ramai orang yang berbicara tentang Agama, akhirnya membawa kepada kepentingan tertentu seperti kemasyhuran diri ataupun keuntungan bisnes.
Betapa ramai orang berbicara tentang Agama, akhirnya hanya membawa kepada tariqat tertentu. Betapa ramai orang yang berbicara tentang Agama, akhirnya membawa kepada parti tertentu. Sekiranya begitulah tujuan seseorang berbicara agama, maka siapakah pula orang yang akan berbicara tentang Agama, untuk mengajak umat Islam kepada Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w.?"

"Sesungguhnya, Umat Islam berhajat kepada majlis-majlis yang menyatukan hati-hati mereka. Yang mana majlis tersebut hanya bertujuan untuk menghidupkan Agama, sebagaimana yang diperintahkan oleh Baginda s.a.w.. Bahkan majlis-majlis sebegitulah-lah yang menjadi kebanggaan Baginda s.a.w.. Apatah lagi majlis tersebut menyatukan hati umat Islam diatas cinta kepada Allah s.w.t. dan Baginda s.a.w."

Habib 'Umar pun berdoa sebelum meneruskan ucapan beliau,
"Ya Allah, jadikanlah kami golongan yang menghidupkan Agama kami".
"Ya Allah, jadikanlah kami golongan yang menghidupkan Agama kami".
"Ya Allah, jadikanlah kami golongan yang menghidupkan Agama kami".
..




DENGARLAH WAHAI SAUDARAKU,NASIHAT HABIB UMAR BIN HAFIDZ YANG TELAH DISAMPAIKAN KEPADA HABIB MUNZIR BIN FUAD AL-MUSAWA DAN ADA PERKAITANNYA DENGAN KITA SEMUA TERUTAMANYA DI MALAYSIA.....:-)

Habib Umar berkata:"Tinggalkan kancah panasnya pilih...anraya di wilayah kalian, jadilah penyejuk dari jiwa yang berpecah belah dan gundah; biarkan muslimin memihak pada pilihannya masing-masing, jangan mencaci siapapun dari calon pemimpin kalian dan jangan pula terlalu memuji-muji salah satunya, tetaplah bijaksana dalam kedudukan yang menghargai semua kelompok.

Jangan ternodai dengan permusuhan antara pendokong masing-masing. Ketahuilah dakwah Nabi sallallahu 'alaihi wasallam sudah ada sebelum kancah persaingan ini ada, dan dakwah Nabi sallallahu 'alaihi wasallam akan terus ada hingga seluruh kepemimpinan ini sirna, maka jangan larut dalam permusuhan dan jangan pula terpengaruh dalam keruhnya persaingan, rukunlah walau berbeza pendapat.

Tenanglah dengan keputusan Allah Subhanahu wa Ta'ala, teguhlah dalam niat agung dalam penjernihan ummat. Selalulah dalam tuntunan kedamaian bagi masyarakatmu."
...
 
 
Berkata Syeikh Muhammad Rohimuddin Nawawi al-Bentani:"Carilah perhimpunan-perhimpunan yang membawa kepada cinta Allah dan Rasul Sollahu 'Alaihi Wa Sallam. Hindarilah perhimpuan-perhimpunan yang membawa kepada perpecahan umat. Kata2 yang sama juga diucapkan oleh Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki..:-)





No comments:

Post a Comment