"Cintailah orang soleh, kerana mereka memiliki kesolehannya, cintailah Nabi Muhammad s.a.w., kerana dia kekasih Allah SWT dan cintailah Allah SWT, kerana dia kecintaan Nabi dan orang soleh." (Imam Syafie)

Thursday, August 2, 2012
LAU LA MURABBI,MA'ARAFTU RABBI
LAU LA MURABBI,MA'ARAFTU RABBI
ya Tuhanku, ujian-Mu dahsyat. Hampir
saja aku rebah kalau tidak dipimpin
mursyid-Mu yang dekat!
Saya salinkan suatu pesanan daripada Sultanul Auliya’ Syeikh Abdul Qadir Jilani dari kitabnya Sirrul Asrar fi ma yahtaju ilaihi-abrar yang diterjemah oleh Abdul Majid Hj. Khatib dan ditahkik dan ditulis semula oleh Syed Ahmad Semait, terbitan Pustaka Nasional Singapura yang diberi judul Rahasia Sufi, m/s 155. Ini adalah suatu kaedah yang ditunjukkan oleh Syeikh Abdul Qadir Jilani dalam hal kita mencari seorang mursyid yang boleh dan sanggup membawa kita berjalan menuju kepada-Nya. Moga siapa yang membaca pesanan ini dan dalam hatinya masih mencari-mencari, maka inilah pintu yang dibuka oleh Tuhan untuk hamba-Nya melalui lidah waliyullah yang agung ini.
Suatu Pesanan
Berkata Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani, “Jika anda berguru kepada seseorang demi untuk sampai kepada Allah, maka ikutilah saranan ini : Hendaklah anda berwudhuk dengan sempurna, mindamu penuh khusyuk dan matamu jangan memandang selain dari tempat wudhuk saja. Sesudah itu, anda terus pergi bersolat. Anda buka pintu solat itu dengan wudhuk tadi, kemudian anda buka pintu istana Allah pula dengan solatmu. Apabila sudah selesai solat, tanyalah Allah menerusi bisikan hatimu – Siapa yang patut saya ambil sebagai pembimbingku, atau guruku? Siapa yang benar-benar dapat menyampaikan ajaran-Mu kepadaku? Siapakah orang pilihan-Mu? Siapakah Khalifah-Mu? Siapakah Wakil-Mu?
Allah Maha Pemurah, nanti pertanyaanmu yang serius itu akan dijawab-Nya. Tanpa ragu lagi, bahawa Dia akan mendatangkan ilham ke dalam hatimu. Dia akan memberikan petunjuk ke dalam dirimu, iaitu petunjuk yang paling batin sekali, yakni sirr. Allah akan memberikan tanda-tanda atau isyarat yang jelas. Pintu cahaya-Nya akan dibukakan buatmu, lalu cahaya itu akan mendorongmu ke jalan yang benar. Ingatlah, siapa yang berusaha dengan sungguh-sungguh mencari pasti akan mendapat.
Firman Allah Ta’ala :
“Dan orang-orang yang bermujahadah (pada perjalanan) menuju Kami, nanti Kami akan menunjuki mereka jalan-jalan (yang menyampaikan mereka) kepada Kami.”
[Al-Ankabut : 69]
Keputusannya terletak pada dirimu sendiri, pada hatimu yang diberikan cahaya kelak. Anda sendiri yang memutuskan nanti, bukan orang yang anda hendak berguru kepadanya. Apabila hatimu telah bulat tertumpu kepada orang itu, maka mulakanlah berguru kepadanya. Dialah yang menjadi pilihan Tuhan untukmu. Jangan ambil peduli tentang miskin atau kayanya, tentang susur galur keturunannya, tentang rupa dan perawakannya, tentang cara dan kaedahnya, tentang kata-kata dan bicaranya. Apa yang terpenting ialah batinnya, hatinya bukan zahir dan bentuknya.
Di majlisnya, jangan anda tergesa-gesa bercakap dan menarik perhatiannya kepadamu. Perhatikan khidmat yang berfaedah yang dikerjakannya terhadap Tuhan. Dia adalah pengajar dan pembimbing, bukan hanya untuk dirinya sendiri, malah juga untuk orang lain. Dia hanya penyampai bukti-bukti ketuhanan. Anda hendaklah bersedia menerima apa yang Allah hendak menyampaikan melalui orang atau pembimbing itu. Tumpukan perhatianmu kepadanya. Jangan sekali-kali melanggar perintahnya, atau melampaui batas yang ditentukannya. Hendaklah anda mendengar kata bicaranya dengan penuh khusyuk dan tekun. Jangan sampai anda merasa syak dan sangka buruk terhadap arahannya, terhadap kata-katanya, terhadap perlakuannya, kerana semua itu timbul dan muncul daripada kerohaniannya. Anggaplah ia lebih bijaksana dari orang lain, dan biarkan dia membimbingmu menuju Allah dalam keadaan tenang dan tenteram, asalkan matlamatnya mestilah Allah semata, dan bukan ghairullah.
Thursday, June 28, 2012
17 Pesanan utk Amal Oleh Baba Abdul Aziz
17 Perkara yang Dipesan Untuk Amal Oleh Baba Abdul Aziz pada pengajian Kitab Qothrul Ghosiah.
Mutiara Ilmu Dan Pegangan Orang Salik daripada petikan kitab Qothrul Ghosiah
# diterjemah dari kitab asal tulisan jawi. (Kitab di dalam bahasa rumi bahasanya tidak sesedap kitab jawi)
(Ketahui olehmu) Bahawasanya tiada yang terlebih memberi manfaat kepada engkau atas meninggal dunia dan b...erpaling daripada makhluk dan melawan syaitan dan melawan hawa nafsu melainkan dengan tujuh belas perkara :-
(Pertamanya) Percaya engkau dan yakin engkau dan ikut engkau dan berpegang engkau dengan barang yang Allah taala kata dan barang yang Rasul kata dan jangan engkau percaya dan engkau ikut akan perkataan orang yang lain daripada keduanya.
(Keduanya) Engkau taat akan Allah dan Rasul dan jangan engkau taat akan orang yang lain daripada keduanya sekali-kali jika tiada muafakat hukumnya dengan hukum keduanya
(Ketiganya) Hendak tetap hati engkau bergantung dan berserah kepada Allah segala pekerjaan engkau dan jangan engkau berserah dan bergantung kepada orang yang lain daripadanya sekali-kali kerana orang yang lain daripada Allah iaitu lemah ia dan jahil ia daripada segala pekerjaan engkau
(Keempatnya) Hendaklah engkau tanggung dan sabar tiap-tiap Qadar dan Qadar yang datang daripada Allah taala atas engkau kerana sudah engkau ketahui dengan yakin akan yang demikian itu tiada dapat engkau hendak melepas akan diri engkau daripadanya
(Kelimanya) Hendaklah engkau jazamkan sekalian barang yang maujud di dalam alam dunia ini dan barang yang maujud di dalam alam akhirat di sana sekaliannya itu perbuatan Allah dengan takdirnya sendiri dan tiada bersyarikat ia dengan sapa-sapa(siapa-siapa) dan tiada mengikut ia akan perkataan sapa-sapa dan tiada mengerling ia kepada ikhtiar sapa-sapa dan kehendak sapa-sapa
(Keenamnya) Hendaklah engkau jazamkan bahawa sungguhnya tiada satu orang dan satu makhluk ini yang memberi bekas pada satu perbuatan barang apa perbuatan ada ia di dalam dua alam ini melainkan Allah jua yang memberi bekas ia pada segala perbuatannya.
(Ketujuhnya) Jangan sekali-kali engkau ingat dan kerling akan ketinggian dan kebesaran dan kemegahan dan kemuliaan pangkat dan darjat dan kesempurnaan bagi yang lain daripada Allah kerana sekaliannya ketentuan bagi Allah jua seperti firmanNya (Alhamdulillah hi robil alamin) dan sabda nabi Sallahualaih wasalam pada hadis qudsi (keduanya telah disebut sebelum ini)
(Kedelapannya) Hendaklah engkau yakinkan dan jazamkan bahawasanya ketuhanan iaitu kaya Allah taala daripada tiap-tiap barang yang lain dan berkehendak oleh tiap-tiap barang yang lain daripadanya kepadaNya iaitu tertentu ia bagi Allah jua dan tiada ia bagi yang lain daripadanya sekali-kali
(Kesembilannya) Hendaklah engkau tentu akan Allah itulah yang disembah dengan sebenarnya, tiada yang lain daripadanya sekali-kali yang disembah dengan sebenar-benarnya di dalam langit bumi ini
(Kesepuluhnya) hendaklah engkau tetap-tetap akan jazam engkau akan bahawasanya engkau dan sekalian makhluk ini hamba Allah taala dan ikutan Rasulullah dan bukan mereka itu hamba bagi orang lain dan ikutan bagi orang yang lain sekali-kali kerana sekalian makhluk ini Allah yang mengada akan dia dan memerintah akan dia pada sekalian perkaranya tiada orang lain
(Kesebelasnya) Jangan engkau minta apa-apa dan jangan engkau harap apa-apa kepada orang lain daripada Allah taala
(Keduabelasnya) Jangan engkau takut akan seseorang yang lain daripada Allah sekali-kali dan jangan ikut akan amalan orang yang lain daripada Rasulullah sekali-kali
(Ketigabelasnya) Jangan engkau niat dan ingat dan agham hendak berbuat zalim kepada satu-satu makhluk Allah kerana mereka itu hamba Allah bukan hamba engkau
(Keempatbelasnya) Sentiasa engkau berdiri dengan agama Allah taala mengerja akan dia dan menolong akan dia
(Kelimabelasnya) Sentiasa berhadap engkau kepada Allah taala dengan musyahadah dan taat dan khidmat dan ibadat kepadanya semata-mata dan jangan engkau sekutu akan dia dengan orang lain daripadaNya sekali-kali di dalam ibadat engkau kepadanya
(Keenambelasnya) Hendaklah engkau tuntut rezeki yang halal dan menjauh rezeki yang haram seboleh-bolehnya
(Ketujuhbelasnya) Hendaklah engkau cari guru dan sahabat orang yang berpegang dengan hatinya dan dengan segala anggotanya akan enam belas perkara yang tersebut dahulu itu.
Wallahu 'Alam...
Sumber dr Pondok Habib 28612
Mutiara Ilmu Dan Pegangan Orang Salik daripada petikan kitab Qothrul Ghosiah
# diterjemah dari kitab asal tulisan jawi. (Kitab di dalam bahasa rumi bahasanya tidak sesedap kitab jawi)
(Ketahui olehmu) Bahawasanya tiada yang terlebih memberi manfaat kepada engkau atas meninggal dunia dan b...erpaling daripada makhluk dan melawan syaitan dan melawan hawa nafsu melainkan dengan tujuh belas perkara :-
(Pertamanya) Percaya engkau dan yakin engkau dan ikut engkau dan berpegang engkau dengan barang yang Allah taala kata dan barang yang Rasul kata dan jangan engkau percaya dan engkau ikut akan perkataan orang yang lain daripada keduanya.
(Keduanya) Engkau taat akan Allah dan Rasul dan jangan engkau taat akan orang yang lain daripada keduanya sekali-kali jika tiada muafakat hukumnya dengan hukum keduanya
(Ketiganya) Hendak tetap hati engkau bergantung dan berserah kepada Allah segala pekerjaan engkau dan jangan engkau berserah dan bergantung kepada orang yang lain daripadanya sekali-kali kerana orang yang lain daripada Allah iaitu lemah ia dan jahil ia daripada segala pekerjaan engkau
(Keempatnya) Hendaklah engkau tanggung dan sabar tiap-tiap Qadar dan Qadar yang datang daripada Allah taala atas engkau kerana sudah engkau ketahui dengan yakin akan yang demikian itu tiada dapat engkau hendak melepas akan diri engkau daripadanya
(Kelimanya) Hendaklah engkau jazamkan sekalian barang yang maujud di dalam alam dunia ini dan barang yang maujud di dalam alam akhirat di sana sekaliannya itu perbuatan Allah dengan takdirnya sendiri dan tiada bersyarikat ia dengan sapa-sapa(siapa-siapa) dan tiada mengikut ia akan perkataan sapa-sapa dan tiada mengerling ia kepada ikhtiar sapa-sapa dan kehendak sapa-sapa
(Keenamnya) Hendaklah engkau jazamkan bahawa sungguhnya tiada satu orang dan satu makhluk ini yang memberi bekas pada satu perbuatan barang apa perbuatan ada ia di dalam dua alam ini melainkan Allah jua yang memberi bekas ia pada segala perbuatannya.
(Ketujuhnya) Jangan sekali-kali engkau ingat dan kerling akan ketinggian dan kebesaran dan kemegahan dan kemuliaan pangkat dan darjat dan kesempurnaan bagi yang lain daripada Allah kerana sekaliannya ketentuan bagi Allah jua seperti firmanNya (Alhamdulillah hi robil alamin) dan sabda nabi Sallahualaih wasalam pada hadis qudsi (keduanya telah disebut sebelum ini)
(Kedelapannya) Hendaklah engkau yakinkan dan jazamkan bahawasanya ketuhanan iaitu kaya Allah taala daripada tiap-tiap barang yang lain dan berkehendak oleh tiap-tiap barang yang lain daripadanya kepadaNya iaitu tertentu ia bagi Allah jua dan tiada ia bagi yang lain daripadanya sekali-kali
(Kesembilannya) Hendaklah engkau tentu akan Allah itulah yang disembah dengan sebenarnya, tiada yang lain daripadanya sekali-kali yang disembah dengan sebenar-benarnya di dalam langit bumi ini
(Kesepuluhnya) hendaklah engkau tetap-tetap akan jazam engkau akan bahawasanya engkau dan sekalian makhluk ini hamba Allah taala dan ikutan Rasulullah dan bukan mereka itu hamba bagi orang lain dan ikutan bagi orang yang lain sekali-kali kerana sekalian makhluk ini Allah yang mengada akan dia dan memerintah akan dia pada sekalian perkaranya tiada orang lain
(Kesebelasnya) Jangan engkau minta apa-apa dan jangan engkau harap apa-apa kepada orang lain daripada Allah taala
(Keduabelasnya) Jangan engkau takut akan seseorang yang lain daripada Allah sekali-kali dan jangan ikut akan amalan orang yang lain daripada Rasulullah sekali-kali
(Ketigabelasnya) Jangan engkau niat dan ingat dan agham hendak berbuat zalim kepada satu-satu makhluk Allah kerana mereka itu hamba Allah bukan hamba engkau
(Keempatbelasnya) Sentiasa engkau berdiri dengan agama Allah taala mengerja akan dia dan menolong akan dia
(Kelimabelasnya) Sentiasa berhadap engkau kepada Allah taala dengan musyahadah dan taat dan khidmat dan ibadat kepadanya semata-mata dan jangan engkau sekutu akan dia dengan orang lain daripadaNya sekali-kali di dalam ibadat engkau kepadanya
(Keenambelasnya) Hendaklah engkau tuntut rezeki yang halal dan menjauh rezeki yang haram seboleh-bolehnya
(Ketujuhbelasnya) Hendaklah engkau cari guru dan sahabat orang yang berpegang dengan hatinya dan dengan segala anggotanya akan enam belas perkara yang tersebut dahulu itu.
Wallahu 'Alam...
Sumber dr Pondok Habib 28612
Thursday, May 24, 2012
Tips Untuk Meraih Kelebihan Di Bulan Rejab
Bismillahirrahmanirrahim....
Tips ini diambil dan diterjemah dari tulisan Guru Mulia Habib Umar bin Muhammad bin Salimحفظه الله di website beliau, yang mana ianya juga ada dikongsikan di FB.
Terjemahan dr Ustaz Abu Zahrah...
كيف ينبغي أن يكون حال المسلم ليدرك فضيلة شهر رجب؟
Bagaimana seharusnya keadaan seorang Muslim untuk mendapatkan kelebihan bulan Rajab?
Oleh: Guru Mulia Habib Umar bin Muhammad bin Salimحفظه الله
http://www.alhabibomar.com/Fatwa.aspx?SectionID=5&RefID=204
يغتنم المسلم فضيلة هذا الشهر الكريم بعدة أمور، من أهمها:
Hendaklah seorang Muslim itu merebut keutamaan bulan ini (yakni bulan Rajab) dengan mengerjakan beberapa perkara. Di antara yang penting:
كثرة الاستغفار وتحقيق التوبة النصوح.
Memperbanyakkan beristighfar dan mentahqiqkan taubat nashuha (taubat yang bersungguh-sungguh)
العزم الصادق في الإقبال على الله بفعل الطاعات، وترك المعاصي والمخالفات.
Berazam dengan keazaman yang benar (jujur) dalam menghadap kepada Allah dengan mengerjakan keta’atan-keta’atan dan meninggalkan kemaksiatan dan perkara-perkara yang bersalahan (dengan syariat).
النظر في أحواله وإصلاحها وإقامتها على منهج المتابعة للنبي محمد صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم.
Meneliti pada hal keadaan dirinya dan membaikinya dan mendirikannya dengan berittiba’ (mengikuti) Nabi صلى الله عليه
وآله وصحبه وسلم
تفقُّد شأنه في الفرائض وكيفية أدائها وسننها ورواتبها وحضور القلب فيها.
Memerhati urusannya dalam hal kefardhuan (yakni fardhu sholat) dan kaifiat menunaikannya (yakni menunaikannya dengan ilmu), (memelihara, menjaga) sunat-sunatnya dan rawatibnya (yakni sholat-sholat sunat yang mengiringi sholat fardhu) dan menghadirkan hati dalam mengerjakannya (yakni khusyu’).
الحرص على الصف الأول في الجماعة، والحرص على التكبيرة الأولى مع الإمام فلا تفوته.
Loba (menguatkan keinginan) untuk mendapatkan shaf yang awal dalam berjemaah dan loba atas mendapatkan takbir pertama berserta imam dan jangan sesekali luput daripadanya
أن يتفقد نفسه في القرآن ونصيبه من تلاوته وتدبره، والحرص على العمل بما فيه.
Bahwa dia meneliti dirinya dalam urusan al-Quran dan bahagiannya daripada membaca al-Qur’an dan memerhatikan makna-makna (tuntutan-tuntutan)nya dan loba atas beramal dengan apa yang terkandung di dalam al-Quran.
المحافظة على الأذكار في الصباح والمساء وبعد الصلوات، وفي الأحوال المختلفة.
Memelihara dhikir-dhikir pada waktu pagi dan petang, selepas sholat dan pada keadaan-keadaan yang berbeza.
أن يتفقَّد نفسه في المعاملة مع الأهل والأصحاب والأصدقاء والأقارب والجيران، ومع عامة الخلق وخاصتهم.
Bahwa dia memerhati akan dirinya dalam bermu’amalah bersama ahli keluarganya, teman dan rakan-taulan, kaum-karabat, jiran-tetangga dan juga segala makhluk secara umum dan khusus.
صيام ما تيسر من أيام الشهر، وخصوصا الاثنين والخميس والأيام البيض.
Berpuasa pada mana-mana hari yang mudah daripada hari-hari dalam bulan Rajab, khususnya hari isnin, khamis dan hari-hari putih/cerah (yakni pada tanggal 13, 14, dan 15)
أن يكون له نصيب من الصدقات والتفقُّد للفقراء والمساكين، والإحسان إليهم.
Bahwa dia bersedekah dan memerhatikan (keperluan) golongan fuqara dan masakin dan berbuat baik kepada mereka.
اغتنام هذه الليالي في العبادة، خصوصا وقت السحر، فينبغي في مثل هذا الشهر أن يكون له حال حسن في المعاملة مع السحر، ليدخل في دائرة من أثنى عليهم الرب الأكبر في القرآن بالاستغفار في الأسحار، قال تعالى ( وبالأسحار هم يستغفرون) وقال سبحانه وتعالى: ( والمنفقين والمستغفرين بالأسحار ) وقال تعالى ( إنهم كانوا قبل ذلك محسنين كانوا قليلا من الليل ما يهجعون وبالأسحار هم يستغفرون ).
Merebut peluang atau mengambil kesempatan pada malam-malam (di bulan Rajab ini) mengerjakan ibadah, khususnya pada waktu sahur (yakni akhir malam, sebelum fajar). Maka seyogianya dalam bulan ini bahwa dia menjadikan baginya kebaikan dalam bermu’amalah dengan waktu sahur (yakni membiasakan dirinya untuk beramal pada waktu sahur), bagi melayakkan dirinya masuk dalam kumpulan orang-orang yang mana Allah Yang Maha Besar memuji mereka di dalam al-Quran, dengan (amalan mereka yang) beristighfar pada waktu-waktu sahur. Allah Ta’ala berfirman:
وَبِٱلْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ
Maksudnya: Dan pada waktu sahur (yakni akhir malam, sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun). – (Adh-Dhariyah: 18)
Dan berfirman Allah Ta’ala lagi:
وَٱلْقَـنِتِينَ وَٱلْمُنفِقِينَ وَٱلْمُسْتَغْفِرِينَ بِٱلْأَسْحَارِ
Maksudnya: “Dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah), dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur”.(Aali ‘Imran: 17)
FirmanNya lagi:
كَانُوا۟ قَبْلَ ذَلِكَ مُحْسِنِينَ ﴿١٦﴾ كَانُوا۟ قَلِيلًا مِّنَ ٱلَّيْلِ مَا يَهْجَعُونَ ﴿١٧﴾ وَبِٱلْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ
Maksudnya: Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan pada waktu sahur (yakni akhir malam, sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun). – (Adh-Dhariyah: 16 – 18)
نسأل الله أن يوفر حظنا من هذه الليالي وهذا الشهر، وأن يجعلنا من المقبولين المسعودين في الدنيا والآخرة. اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان وأعِنا على الصيام والقيام.
Kita memohon kepada Allah semoga Dia menambahkan (amal ibadah) kepada kita daripada malam-malam ini dan bulan ini, dan Dia menjadikan kita daripada golongan yang diterima (amal ibadah) dan orang-orang yang bahagia di dunia dan di akhirat. Ya Allah limpahilah berkat kepada kami pada bulan Rajab dan Sya’ban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan dan bantulah kami atas mengerjakan puasa dan mendirikan sholat.
Wallahu A'lam...
Wednesday, May 23, 2012
REJAB KEMBALI, SYA'BAN MENANTI, RAMADHAN DIRINDUI
Oleh: Dr. Asmadi Mohamed Naim
اللهم بارك لنا في رجب وشعبان، وبلغنا رمضان
اللهم بارك لنا في رجب وشعبان، وبلغنا رمضان
Ya Allah, berilah keberkatan kepada kami pada Rejab dan Sya'ban, dan jadikan kami berjumpa dengan Ramadhan.
Rejab datang lagi, dan kerap kali perbincangan mengenai menambahkan amalan-amalan dalam bulan Rejab menjadi perdebatan. Kerap kali amalan-amalan berpuasa dalam bulan Rejab dan Sya'ban dipertikaikan. Persoalan dan perdebatan berkisar kepada isu-isu di bawah:
i. Benarkah bulan Rejab tidak ada keistimewaannya berbanding bulan-bulan lain dan mengatakannya mempunyai kelebihan akan jatuh sesat?
ii. Benarkah melakukan amalan-amalan kebaikan di bulan ini tidak ada bezanya dengan melakukannya pada bulan-bulan lain?
iii. Benarkah mengkhususkan melakukan kebaikan pada bulan ini adalah satu yang 'sesat' atau bid'ah?
Disebabkan masa yang terhad, saya tidak bercadang memberikan penghuraian secara menyeluruh merangkumi penghujahan setiap pihak yang menyokong dan menolak. Saya lebih menjurus kepada melihat kepada penghujahan ulama yang membenarkannya secara ringkas untuk melihat samada adakah amalan-amalan ini rekaan mereka semata-mata atau mereka mempunyai hujah dan pentafsiran yang memuaskan hati kita untuk beramal dengannya.
Method saya dalam berdepan dengan amalan-amalan ibadah masyarakat Islam terdahulu khususnya yang dipelopori oleh ulama-ulama (yang tidak bertentangan dengan nas nyata al-Quran dan al-sunnah) ialah husn al-dzan bahawa ulama-ulama tersebut mempunyai hujah yang membolehkan amalan itu diamalkan. Perbincangan saya menjurus kepada soalan-soalan yang saya lontarkan di atas dan saya ulangkan sekali lagi secara satu persatu:
• Benarkah bulan Rejab tidak ada keistimewaannya berbanding bulan-bulan lain dan mengatakannya mempunyai kelebihan akan jatuh sesat?
Firman Allah SWT dalam Surah at-Taubah, ayat 36:
Bermaksud:
Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan dalam ketentuan Allah (di Luh mahfuz) pada hari Dia menjadikan langit-langit dan bumi, antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka jangan kamu menzalimi diri kamu di dalamnya (bulan-bulan tersebut). Perangilah orang-orang kafir keseluruhannya sebagaimana mereka memerangi kamu keseluruhannya. Ketahuilah sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang-orang yang bertakwa.
Ayat tersebut mengkhususkan empat bulan sebagai bulan-bulan haram iaitu tiga bulan yang berturut iaitu Zulqaedah, Zulhijjah dan Muharram; dan satu bulan yang bersedirian iaitu bulan Rejab.
Menurut Imam al-Razi RH:
Maksud al-haram (samada bulan haram atau tempat haram) ialah maksiat padanya dibalas dengan balasan yang lebih berat, dan ketaatan dibalas dengan pahala yang lebih besar(al-Razi, jil.16, ms. 53).
Imam al-Qurtubi menjelaskan (Jilid 8, ms. 67):
خص الله تعالى الأربع الأشهر الحرم بالذكر، ونهى عن الظلم فيها تشريفا لها، وإن كان منهيا في كل زمان.
Bererti: Allah Taala mengkhususkan empat bulan dengan menyebutnya, dan melarang kezaliman dilakukan di dalam bulan-bulan ini adalah untuk memuliakannya (bulan-bulan ini), walaupin kezaliman tersebut sememangnya dilarang pada setiap masa.
Imam Ibn Kathir mengaitkan ayat di atas dengan ayat selepasnya dengan berkata:
"ذلك الدين القيم" هذا هو الشرع المستقيم من امتثال أمر الله فيما جعل من الأشهر الحرم والحذو بها على ما سبق من كتاب الله، الأول قال تعالى: فلا تظلمون فيهن أنفسكم" أي في هذه الأشهر المحرمة لأنها آكد وأبلغ في الإثم من غيرها كما أن المعاصي في البلد الحرم تضاعف لقوله تعالى: "ومن يرد فيه بإلحاد ظلم نذقه بعذاب أليم". وكذا الشهر الحرام تغلظ فيه الآثام ولهذا تغلظ الدية في مذهب الشافعي وطائفة كثيرة من العلماء.
Bererti: "Itulah jalan yang lurus" Inilah dia Syarak yang lurus daripada kepatuhan kepada suruhan Allah Taala pada apa yang diberikan pada bulan-bulan haram, dan mempraktikannya sebagaimana dinyatakan dalam kitab AllahPertama, Allah Taala berfirman: Maka jangan kamu menzalimi diri kamu padanya, iaitu pada bulan-bulan haram kerana lebih pasti dan lebih berat dosa berbanding dosa dalam bukan bulan-bulan haram, sebagaimana maksiat dalam negeri haram (Mekah dan Madinah) berlipat ganda dosanya berdasarkan firman Allah (yang bermaksud): Dan sesiapa yang mahu mendatangkan padanya (masjid haram) kezaliman, Kami merasakannya dengan azab yang pedih!" (al-Hajj: 25)
Demikian juga bulan-bulan haram, lebih berat dosa yang dilakukan di dalamnya, sebagaimana mazhab Imam Shafie dan ramai kumpulan ulama mengatakan 'diyah mughallazah' (terhadap pembunuhan dan kecederaan) yang dilakukan dalam bulan haram.
Berkata Imam Ibn kathir dalam tafsirnya berkaitan ayat di atas:
وقال علي بن أبي طلحة عن ابن عباس قوله: "إن عدة الأشهر عند الله" الآية فلا تظلمون فيهن أنفسكم في كلها ثم اختص من ذلك أربعة أشهر فجعلهن حراما وعظم حرماتهن وجعل الذنب فيها أعظم والعمل الصالح فيها أعظم.
Berkata Ibn Kathir lagi: Berkata Ali bin Abi Talhah dari Ibn Abbas: Sesungguhnya bilangan-bilangan bulan di sisi Allah... al-ayat.. Maka janganlah kamu menzalimi pada bulan-bulan tersebut diri-diri kamu pada keseluruhan bulan, kemudian dikhususkan darinya empat bulan dan Allah menjadikannya sebagai bulan-bulan haram,dan menambah kemuliaannya dan Dia menjadikannya berbuat dosa padanya lebih berat dan amal soleh padanya lebih hebat pahalanya.
Subhanallah, maha suci Allah SWT, penerangan oleh ulama-ulama muktabar ini jelas menunjukkan bahawa menganggap bulan Rejab sebagai bulan yang istimewa tidak ada cacat celanya berdasarkan al-Quran dan sunnah. Bahkan menganggap amalan-amalan yang dilakukan lebih besar pahalanya juga adalah bersesuaian dengan penafsiran ayat di atas dan bukanlah dari perbuatan bid'ah. Apabila Allah SWT meletakkan sebagai bulan istimewa, ia menunjukkan satu motivasi supaya umat Islam menambahkan amalan dalam bulan ini bersesuaian pahalanya dilipatkali gandakan.
• Benarkah melakukan amalan-amalan kebaikan di bulan ini tidak ada bezanya dengan melakukannya pada bulan-bulan lain?
Saya ingin mengulangi kembali petikan yang saya tulis di bahagian di atas yang menjhelaskan persoalan ini.
Lihat kembali huraian Imam Ibn kathir dalam tafsirnya berkaitan ayat di atas:
وقال علي بن أبي طلحة عن ابن عباس قوله: "إن عدة الأشهر عند الله" الآية فلا تظلمون فيهن أنفسكم في كلها ثم اختص من ذلك أربعة أشهر فجعلهن حراما وعظم حرماتهن وجعل الذنب فيها أعظم والعمل الصالح فيها أعظم.
Berkata Ibn Kathir lagi: Berkata Ali bin Abi Talhah dari Ibn Abbas: Sesungguhnya bilangan-bilangan bulan di sisi Allah... al-ayat.. Maka janganlah kamu menzalimi pada bulan-bulan tersebut diri-diri kamu pada keseluruhan bulan, kemudian dikhususkan darinya empat bulan dan Allah menjadikannya sebagai bulan-bulan haram,dan menambah kemuliaannya dan Dia menjadikannya berbuat dosa padanya lebih berat dan amal soleh padanya lebih hebat pahalanya.
Ibn Abbas RA melalui nukilan Imam Ibn Kathir mengakui amal soleh dalam bulan haram ini lebih besar pahalanya.
Lihat pula bagaimana tafsiran Imam al-Qurtubi (Jilid 8, ms. 67):
:
خص الله تعالى الأربع الأشهر الحرم بالذكر، ونهى عن الظلم فيها تشريفا لها، وإن كان منهيا في كل زمان.
Bererti: Allah Taala mengkhususkan empat bulan dengan menyebutnya, dan melarang kezaliman dilakukan di dalam bulan-bulan ini adalah untuk memuliakannya (bulan-bulan ini), walaupun kezaliman tersebut sememangnya dilarang pada setiap masa.
Justeru, mengkhususkan amalan pada bulan ini, bukan bererti kita menafikan melakukan kebaikan pada bulan-bulan lain, sebagaimana melarang kezaliman dilakukan pada bulan-bulan haram bukan bererti melakukan kezaliman pada bulan-bulan yang lain.
Penafsiran bahawa bulan Rejab dan bulan-bulan haram mempunyai keistemewaan apabila meninggalkan kejahatan dan melakukan amal soleh adalah bertepatan dengan ayat-ayat di atas. Justeru, adalah sesuatu yang amat-amat gopoh apabila sesorang mengklasifikasikan pandangan yang masih dalam ruang lingkup ayat ini sebagai satu perbuatan sesat.
• Benarkah mengkhususkan melakukan kebaikan pada bulan ini khususnya puasa adalah satu yang 'sesat' atau bid'ah?
Imam Muslim meriwayatkan dalam kitab Sahih Muslim satu hadith dari Uthman bin Hakim berkata:
Aku berkata: Aku bertanya Sa'id bin Jubair mengenai puasa bulan Rejab, kami pada waktu itu di bulan Rajab. Dia berkata: Aku mendengar Ibn Abbas RA berkata: Adalah Rasulullah SAW berpuasa, sehingga kami menyangka dia tidak berbuka; dan bila dia berbuka, sehingga kami menyangkanya tidak berpuasa.
Hadith tersebut menyebut bagaimana puasa juga menjadi amalan Rasulullah SAW dalam bulan Rejab.
Imam Nawawi mensyarahkan hadith di atas dengan berkata (Syarh Sahih Muslim, Jil.8, ms.225):
الظاهر أن مراد سعيد بن جبير بهذا الاستدلال أنه لا نهي ولا ندب فيه لعينه، بل له حكم باقي الشهور، ولم يثبت في صوم رجب نهي ولاندب لعينه، ولكن أصل الصوم مندوب أليه. وفي سنن أبي داود أن رسول الله صلى الله عليه وسلم ندب إلى الصوم من الأشهر الحرم، ورجب أحدها. والله أعلم.
Bermaksud: Yang nyata bahawasanya maksud Sa'id bin Jubair ialah menunjukkan bahawa tidaklah dilarang dan tidaklah disunatkan berpuasa Rejab (kerana bulannya), bahkan untuk puasa Rejab adalah sama hukum sunat dengan bulan-bulan yang lain. Tidak sabit juga larangan dan galakan untuknya secara sendirian. Sebaliknya asal hukum puasa ialah mandub (digalakkan). Dalam Sunan Abi Daud, Rasulullah SAW menggalakkan puasa pada bulan-bulan haram dan Rejab adalah antaranya.
Walaupun Imam Nawawi mensyarahkan hadith-hadith puasa Rasulullah SAW yang menunjukkan baginda berpuasa penuh hanya pada bulan Ramadhan, namun Imam Nawawi tidak melihat hadith bulan Rejab ini berlawanan dengan hadith-hadith sebelumnya.
Berkaitan hadith riwayat Abu Daud adalah seperti berikut (Aun al-ma'bud, Jil.4, 507):
((صم من الحرم واترك، صم من الحرم واترك، صم من الحرم واترك)) وقال بأصابعه الثلاثة فضمها ثم أرسلها.
Bererti: Berpuasalah dari bulan haram kemudian tinggal, bulan haram kemudian tinggal, bulan haram kemudian tinggal. Dia berkata dengan menunjukkan tiga jarinya dan dirapatkan kemudian dilepaskan (tidak dirapatkan).
Imam Nawawi telah menukilkan hadith ini dalam kitabnya Riyadh al-Salihin. Beberapa pengarang semasa antaranya Dr. Mustafa Bugha dan rakan-rakannya mensyarahkan hadith ini berkata (Nuzhah al-Muttaqin, Jil.2, ms.130):
Sesungguhnya puasa sunat adalah digalakkan kerana ianya ketaatan yang Allah SWT dan Rasulnya menyukainya lebih-lebih lagi dalam bulan haram. Makruh berpuasa berterusan (siyam al-dahr iaitu puasa setahun selain hari raya) kepada sesiapa yang ditakuti mendapat mudarat, atau menyebabkan hak yang wajib atau sunat terabai sebagaimana hadith riwayat Bukhari dan Muslim: "Tidak ada puasa bagi sesiapa yang berpuasa berterusan". Namun sesiapa yang tidak memudaratkan dia dengan berterusan puasa dan tidak menyebabkannya terabai menunaikan hak yang wajib atau sunat, tidak makruh bagi pihaknya, bahkan mustahab (digalakkan), dan yang paling afdhal berpuasa selang sehari.
Golongan yang menolak
Walaupun begitu, syarahan oleh para Imam dan pengarang semasa ditolak oleh pihak yang berlawanan kerana beberapa sebab, antaranya:
i. mereka menjadikan hadith umum sebagai dalil utama seolah-olah bertaraf qat'i: Setiap yang baru itu bid'ah, dan setiap yang bid'ah itu sesat! Sekiranya tidak ada galakan dari syarak, maka haram melakukannya dan boleh jatuh bid'ah dan sesat.
Imam Nawawi juga menukilkan hadith tersebut (hadith larangan bid'ah) dalam kitabnya Riyadh al-Salihin (ms. 88), tetapi tafsirannya bukan sebegitu. Justeru beliau masih boleh mengatakan: "Tidaklah dilarang dan tidaklah disunatkan berpuasa Rejab (kerana bulannya), bahkan untuk puasa Rejab adalah sama hukum sunat dengan bulan-bulan yang lain. Tidak sabit juga larangan dan galakan untuknya secara sendirian. Sebaliknya asal hukum puasa ialah mandub (digalakkan)".
Imam Nawawi tidak pula mengatakan "Apabila tidak ada galakan, maka melakukannya adalah bid'ah dan sesat"!
Ini menunjukkan sebahagian besar juga ulama-ulama ahl al-Sunnah wa al-Jamaah dahulu berpegang sekiranya tidak ada dalil yang khusus samada melarang atau menyuruh, perkara tersebut kembali kepada hukum asal ibadah tersebut. Dalam kes puasa rejab, andainya tiada dalil yang menggalakkannya dan melarangnya, ia kembali kepada dalil umum galakan berpuasa, dan dalil umum kelebihan meninggalkan kezaliman dan melakukan amalan taat di bulan-bulan haram.
ii. Perbezaan metodologi iaitu mereka mengatakan hadth-hadith dhaif tidak boleh digunakan untuk beramal, sedangkan sebahagian ulama yang lain membenarkan beramal dengan hadith-hadith dhaif yang ringan selama ianya tidak bertentangan dengan nas-nas yang qat'i dan nyata pada syara' serta tidak menyalahi kaedah-kaedah syarak. Justeru, kelebihan puasa Rajab tidak berlawanan dengan kelebihan bulan-bulan haram yang dinyatakan di awal perbincangan.
Kesimpulan:
Perbincangan ini membuat kesimpulan bahawa:
Saya berharap pembaca dapat berlapang dada menerima perbezaan pendapat dan membuang sifat taksub samada menerima atau menolak perbincangan ini. Perlu diingatkan bahawa persoalan 'menambah amalan dalam bulan rajab' dan persoalan puasa padanya adalah permasalahan furu' (cabang dalam agama). Ia tidak akan menjadikan seseorang yang menerima atau menolaknya menjadi sesat.
Penerangan oleh ulama-ulama muktabar jelas menunjukkan bahawa menganggap bulan Rejab sebagai bulan yang istimewa tidak ada cacat celanya berdasarkan al-Quran dan sunnah. Bahkan menganggap amalan-amalan yang dilakukan lebih besar pahalanya juga adalah bersesuaian dengan penafsiran ayat di atas dan bukanlah dari perbuatan bid'ah. Apabila Allah SWT meletakkan sebagai bulan istimewa, ia menunjukkan satu motivasi supaya umat Islam menambahkan amalan dalam bulan ini bersesuaian pahalanya dilipatkali gandakan.
Penafsiran bahawa bulan Rejab dan bulan-bulan haram mempunyai keistemewaan apabila meninggalkan kejahatan dan melakukan amal soleh adalah bertepatan dengan ayat-ayat di atas. Menjadi satu kegopohan apabila sesorang mengklasifikasikan pandangan yang masih dalam ruang lingkup ayat ini sebagai satu perbuatan sesat dan bid'ah. Ditakuti tuduhan sesat akan kembali kepada penuduhnya. Melakukan bid'ah melarang masyarakat menambah ibadah dan amalan kebaikan sama buruknya atau lebih buruk daripada mereka yang mereka-reka (bid'ah) ibadah.
Perbincangan ini juga menunjukkan bahawa tidaklah dilarang dan tidaklah disunatkan berpuasa Rejab (kerana bulannya), bahkan untuk puasa Rejab adalah sama hukum sunat dengan bulan-bulan yang lain. Tidak sabit juga larangan dan galakan untuknya secara sendirian. Sebaliknya asal hukum puasa ialah mandub (digalakkan). Manakala dalam Sunan Abi Daud, Rasulullah SAW menggalakkan puasa pada bulan-bulan haram dan Rejab adalah antaranya.
Pada saya, bersempena dengan kedatangan Ramadhan yang semakin hampir, kita merasakan bahawa barakah Ramadhan dan kemuliaannya, kita dimotivasikan untuk menambahkan amalan-amalan kita. Puasa secara khususnya merupakan amalan-amalan yang digalakkan. Meneruskan puasa sepanjang Rajab dan sya'ban, tidak memasukkan kita dalam golongan siyam al-dahr kerana siyam al-dahr yang dimakruhkan ialah mereka yang berterusan berpuasa selama setahun kecuali hari-hari yang diharamkan berpuasa sahaja. Walaupun begitu, mereka yang berpuasa kena memastikan bahawa mereka dapat menunaikan hak-hak yang wajib dan sunat yang mereka perlu penuhi.
Selain itu marilah kita sama-sama memperbanyakkan amalan lain seperti solat-solat sunat, sedekah dan sebagainya. Semoga kita dirahmati Allah. Bertuahlah saudara-saudari yang dapat menambah amalan bersempena dengan motivasi al-Quran berkaitan dengan kelebihan dan besarnya pahala di bulan-bulan haram, dan rasa syukur dekatnya kita dengan Ramadhan. Semoga penulisan ini mendapat saham apabila bertambahnya keyakinan saudara saudari untuk menambahkan amalan kita di bulan ini.
Wallahu a'lam.
Sunday, May 13, 2012
Didiklah Anak Kalian Untuk Mencintai Agama Kalam Al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz
Didiklah Anak Kalian Untuk Mencintai Agama
Kalam Al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz
Ini adalah urusan agama yang mempengaruhi akhirat kita. Perhatikanlah dengan sungguh-sungguh. Terutama pendidikan anak-anak, perhatikanlah aja...ran mana yang mereka ikuti, mereka sukai dan mereka teladani. Masing-masing dari kalian adalah pemimpin dan tiap-tiap pemimpin akan mempertanggung-jawabkan apa yang dipimpinnya.
Didiklah anak-anak kalian untuk mencintai agama, mencintai Rasulullah SAW, dan kaum sholihin. Didiklah mereka agar memperhatikan perkara Allah SWT, Rasul-Nya dan hari kiamat. Serta bersungguh-sungguh dalam menyebut Allah SWT dan menjalankan ibadah sholat.
Perintahkanlah anak-anak kalian untuk sholat ketika menginjak usia 7 tahun. Ketika usia 10 tahun pukullah mereka jika meninggalkan sholat. Dan bangunkanlah mereka untuk sholat jika tidur.
Ikutilah agama dan sunnah Rasulullah SAW. Berapa banyak TV yang berada di rumah-rumah yang telah merusak dan menghilangkan iman kita. Hal itu menjadi salah satu sebab seseorang meninggal dalam keadaan su’ul khotimah.Seperti dikisahkan seseorang yang meninggal ketika melihat gambar-gambar yang penuh maksiat di televisi dalam keadaan hatinya mati. Dan ia menjalani sakaratul maut dengan susah payah.
Sebaliknya, hati-hati yang sholih akan meninggal dalam keadaan mengingat para Nabi, Sayyidah Fatimah, dan Sayyidah Khadijah, sahabat, kaum Muhajirin dan Anshor. Dan kelak akan dibangkitkan bersama mereka.
Beberapa orang ketika sakaratul maut tak bisa berkata LailahaillAllah,bahkan setelah di talqin tiga kali. Namun mereka dapat mengucap kata selain LailahaillAllah SWT. Ketika ditanyakan kepada salah satu mayat di dalam mimpi, “Kenapa engkau tak bisa berkata Lailahaillah?” Ia pun menjawab, “Yang mencegah saya berkata LailahaillAllah SWT adalah pandangan-pandangan haram ketika saya di dunia.” Itulah hal yang mencegah antara kita dan Allah SWT (Lailahaillah).
“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. Yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.” (An-Nur : 30)
Dahulu orang-orang kafir di Indonesia menutup aurat mereka karena malu dengan wanita-wanita muslimat dan karena haibah (keagungan) agama. Sekarang justru wanita-wanita muslimat yang ber tabarruj (memamerkan kecantikan).
Wahai Allah SWT yang Maha Penolong, tolonglah kami! Wahai Allah SWT yang Maha Perubah Keadaan, rubahlah keadaan kami menjadi lebih baik!
Ajaklah anak-anak kalian, laki-laki dan perempuan, kepada kebaikan dan menuntut ilmu yang bermanfaat. Kalian akan menghadap Allah SWT dengan wajah seperti apa jika mendukung anak kalian pergi ke Amerika! Apa yang akan mereka pelajari di Amerika?! Seberapa besar nilai yang mereka dapatkan sepulang dari Amerika dan cahaya apa yang mereka bawa? Bahkan kadang-kadang mereka pergi tanpa muhrim!
Wahai yang tak beradab! Di padang mahsyar kalian akan diliputi kegelapan dan menyesali perbuatan (mendukung kepergian itu) sedangkan orang-orang lain berada dibawah lindungan junjungan-junjungan kita.
Oleh karena itu kirimlah anak-anak kalian ke tempat-tempat belajar agama. Sehingga iman mereka menguat dan yakin. Kirimlah anak-anak perempuan kalian bersama muhrim. Seperti ke Hadramaut.
Bertakwalah kepada Allah SWT…berapa lamakah umurmu di dunia?! Siapakah yang berada di hati kalian?! Kalian telah mengagungi perbuatan, perkataan, dan ilmu-ilmu orang kafir! Sesungguhnya ilmu Rasulullah SAW (Al-Mukhtar) lebih agung!
Hidupkanlah pada diri kami Ilmu Nabi kita Rasulullah SAW yang memberi petunjuk dan jalan kepada Allah SWT.
Semoga Allah SWT merubah keadaan menjadi lebih baik. Dan masing-masing dari kalian menjadi qurrot ‘ain (penyejuk pandangan) Sayyidah Fatimah az-Zahra dan dibangkitkan bersama beliau..
Tuesday, May 1, 2012
PESANAN HABIB UMAR KEPADA KITA SEMUA RAKYAT MALAYSIA.....:-)
"Betapa ramai orang berbicara tentang Agama, akhirnya membawa kepada jema'ah tertentu. Betapa ramai orang yang berbicara tentang Agama, akhirnya membawa kepada kepentingan tertentu seperti kemasyhuran diri ataupun keuntungan bisnes.
Betapa ramai orang berbicara tentang Agama, akhirnya hanya membawa kepada tariqat tertentu. Betapa ramai orang yang berbicara tentang Agama, akhirnya membawa kepada parti tertentu. Sekiranya begitulah tujuan seseorang berbicara agama, maka siapakah pula orang yang akan berbicara tentang Agama, untuk mengajak umat Islam kepada Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w.?"
"Sesungguhnya, Umat Islam berhajat kepada majlis-majlis yang menyatukan hati-hati mereka. Yang mana majlis tersebut hanya bertujuan untuk menghidupkan Agama, sebagaimana yang diperintahkan oleh Baginda s.a.w.. Bahkan majlis-majlis sebegitulah-lah yang menjadi kebanggaan Baginda s.a.w.. Apatah lagi majlis tersebut menyatukan hati umat Islam diatas cinta kepada Allah s.w.t. dan Baginda s.a.w."
Habib 'Umar pun berdoa sebelum meneruskan ucapan beliau,
"Ya Allah, jadikanlah kami golongan yang menghidupkan Agama kami".
"Ya Allah, jadikanlah kami golongan yang menghidupkan Agama kami".
"Ya Allah, jadikanlah kami golongan yang menghidupkan Agama kami"...
DENGARLAH
WAHAI SAUDARAKU,NASIHAT HABIB UMAR BIN HAFIDZ YANG TELAH DISAMPAIKAN
KEPADA HABIB MUNZIR BIN FUAD AL-MUSAWA DAN ADA PERKAITANNYA DENGAN KITA
SEMUA TERUTAMANYA DI MALAYSIA.....:-)
Habib Umar berkata:"Tinggalkan kancah panasnya pilih...anraya di wilayah kalian, jadilah penyejuk dari jiwa yang berpecah belah dan gundah; biarkan muslimin memihak pada pilihannya masing-masing, jangan mencaci siapapun dari calon pemimpin kalian dan jangan pula terlalu memuji-muji salah satunya, tetaplah bijaksana dalam kedudukan yang menghargai semua kelompok.
Jangan ternodai dengan permusuhan antara pendokong masing-masing. Ketahuilah dakwah Nabi sallallahu 'alaihi wasallam sudah ada sebelum kancah persaingan ini ada, dan dakwah Nabi sallallahu 'alaihi wasallam akan terus ada hingga seluruh kepemimpinan ini sirna, maka jangan larut dalam permusuhan dan jangan pula terpengaruh dalam keruhnya persaingan, rukunlah walau berbeza pendapat.
Tenanglah dengan keputusan Allah Subhanahu wa Ta'ala, teguhlah dalam niat agung dalam penjernihan ummat. Selalulah dalam tuntunan kedamaian bagi masyarakatmu."...
Habib Umar berkata:"Tinggalkan kancah panasnya pilih...anraya di wilayah kalian, jadilah penyejuk dari jiwa yang berpecah belah dan gundah; biarkan muslimin memihak pada pilihannya masing-masing, jangan mencaci siapapun dari calon pemimpin kalian dan jangan pula terlalu memuji-muji salah satunya, tetaplah bijaksana dalam kedudukan yang menghargai semua kelompok.
Jangan ternodai dengan permusuhan antara pendokong masing-masing. Ketahuilah dakwah Nabi sallallahu 'alaihi wasallam sudah ada sebelum kancah persaingan ini ada, dan dakwah Nabi sallallahu 'alaihi wasallam akan terus ada hingga seluruh kepemimpinan ini sirna, maka jangan larut dalam permusuhan dan jangan pula terpengaruh dalam keruhnya persaingan, rukunlah walau berbeza pendapat.
Tenanglah dengan keputusan Allah Subhanahu wa Ta'ala, teguhlah dalam niat agung dalam penjernihan ummat. Selalulah dalam tuntunan kedamaian bagi masyarakatmu."...
Saturday, April 28, 2012
Mutiara Kalam dari Habib Umar bin Hafidz
Mutiara Kalam dr Habib Umar bin Hafidz
> Penuhilah hatimu dengan kecintaan terhadap saudaramu niscaya akan
menyempurnakan kekuranganmu dan mengangkat derajatmu di sisi Allah
> Barang siapa Semakin mengenal kepada allah niscaya akan semakin takut.
...
> Barang siapa yang tidak mau duduk dengan orang beruntung,
bagaimana mungkin ia akan beruntung dan barang siapa yang duduk dengan
orang beruntung bagaimana mungkin ia tidak akan beruntung.
>
Barang siapa menjadikan kematiaannya sebagai pertemuan dengan sang
kekasih (Allah), maka kematian adalah hari raya baginya.
>
Barang siapa percaya pada Risalah (terutusnya Rasulullah), maka ia akan
mengabdi padanya. Dan barang siapa percaya pada risalah, maka ia akan
menanggung (sabar) karenanya. Dan barang siapa yang membenarkan risalah,
maka ia akan mengorbankan jiwa dan hartanya untuknya.
> Kedekatan seseorang dengan para nabi di hari kiamat menurut kadar perhatiannya terhadap dakwah ini.
> Betapa anehnya bumi, semuanya adalah pelajaran. Kukira tidak ada
sejengkal tanah di muka bumi kecuali di situ ada ibrah (pelajaran) bagi
orang yang berakal apabila mau mempelajarinya.
> Sebaik-baik nafsu adalah yang dilawan dan seburuk-buruk nafsu adalah yang diikuti.
> Tanpa menahan hawa nafsu maka manusia tidak akan sampai pada
Tuhannya sama sekali dan kedekatan manusia terhadap Allah menurut kadar
pembersihan jiwanya.
> Jikalau sebuah hati telah terbuka, maka akan mendapatkan apa yang diinginkan.
> Barang siapa yang mempunyai samudra ilmu kemudian kejatuhan
setetes hawa nafsu, maka hawa nafsu itu akan merusak samudra tersebut.
> Sesaat dari saat-saat khidmat (pengabdian), lebih baik daripada melihat arsy dan seisinya seribu kali.
> Menyatunya seorang murid dengan gurunya merupakan permulaan di
dalam menyatunya dengan Rasulullah SAW. Sedangkan menyatunya dengan
Rasulullah SAW merupakan permulaan untuk fana pada Allah (lupa selain
Allah)
> Manusia di setiap waktu senantiasa terdiri dari dua
golongan, golongan yang diwajahnya terdapat tanda-tanda dari bekas
sujud dan golongan yang di wajahnya terdapat tanda-tanda dari bekas
keingkaran.
> Barang siapa yang menuntut keluhuran, maka tidak akan peduli terhadap pengorbanan.
> Sesungguhnya di dalam sujud terdapat hakikat yang apabila cahanya
turun pada hati seorang hamba, maka hati tersebut akan sujud
selama-lamanya dan tidak akan mengangkat dari sujudnya.
>
Beliau RA berkata tentang dakwah, Yang wajib bagi kita yaitu harus
menjadi daI dan tidak harus menjadi qodli atau mufti (katakanlah wahai
Muhammad SAW inilah jalanku, aku mengajak kepada Allah dengan hujjah
yang jelas aku dan pengikutku) apakah kita ikut padanya (Rasulullah)
atau tidak ikut padanya? Arti dakwah adalah memindahkan manusia dari
kejelekan menuju kebaikan, dari kelalaian menuju ingat kepada Allah, dan
dari keberpalingan kembali menuju kepada Allah, dan dari sifat yang
buruk menuju sifat yang baik.
> Syaitan itu mencari sahabat-sahabatnya dan Allah menjaga kekasih-kekasih-Nya.
> Apabila ibadah agung bagi seseorang maka ringanlah adap
(kebiasaan) baginya dan apabila semakin agung nilai ibadah dalam hati
seseorang maka akan keluarlah keagungan adat darinya.
> Bila benar keluarnya seseorang (di dalam berdakwah), maka ia akan naik ke derajat yang tinggi.
> Keluarkanlah rasa takut pada makhluk dari hatimu maka engkau akan
tenang dengan rasa takut pada kholiq (pencipta) dan keluarkanlah
berharap pada makhluk dari hatimu maka engkau akan merasakan kenikmatan
dengan berharap pada Sang Kholiq.
> Banyak bergurau dan bercanda merupakan pertanda sepinya hati dari mengagungkan Allah dan tanda dari lemahnya iman.
> Hakikat tauhid adalah membaca Al Qur’an dengan merenungi artinya dan bangun malam.
> Tidak akan naik pada derajat yang tinggi kecuali dengan himmah (cita-cita yang kuat).
> Barang siapa memperhatikan waktu, maka ia akan selamat dari murka Allah.
> Salah satu dari penyebab turunnya bencana dan musibah adalah sedikitnya orang yang menangis di tengah malam.
> Orang yang selalu mempunyai hubungan dengan Allah, Allah akan memenuhi hatinya dengan rahmat di setiap waktu.
( Disusun oleh : Ust Ja’far Sodiq Al Munawwar )...
Subscribe to:
Posts (Atom)