Sunday, July 3, 2011

Imam Syafi'e hebat sejak kecil


     Imam Syafi'e berketurunan Rasulullah S.A.W.. Nasabnya : Muhammad bin Idris bin Abbas bin Uthman bin Syafi' bin Abi Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf bin Qushay.
   
     Abdul Manaf adalah datuk kesembilan daripada Imam Syafi'e dan keempat daripada Rasulullah S.A.W.. Ibunya, Fatimah binti Abdullah bin Hassan bin Hussain bin Ali bin Abi Talib. Ibunya adalah cucu kepada cucu Sayidina Ali R.A.
   
     Ketika berusia dua tahun, beliau dibawa oleh ibunya ke Makkah untuk tinggal bersama keluarga ayahnya di kampung Bani Mutalib. Beliau berminat memanah sejak kecil. Dan sudah hafal al-Quran sejak kecil tatkala usianya tujuh tahun. Beliau juga mempunyai suara yang lunak merdu ketika membaca al-Quran, di samping sudah menguasai Ilmu Tajwid dan Ilmu Tafsir.
   
     Ketika di Makkah dalam usianya belasan tahun, penduduk Makkah sudah mengenali beliau sebagai Qari al-Quran yang baik. Oleh yang demikian, apabila mereka ingin menikmati bacaan al-Quran dengan khusyuk, mereka akan berkumpul dan memanggil Imam Syafi'e untuk membacanya.
   
     Pada usia 11 tahun, beliau sudah menghafal kitab al-Muwatththo' tulisan gurunya, Imam Malik dan diberi kepercayaan oleh gurunya untuk berfatwa ketika berumur 15 tahun.
   
     Di Makkah beliau belajar fiqah daripada Muslim bin Khalid al-Zanji (Mufti Makkah ketika itu). Kemudian belajar daripada Daud bin Abdul Rahman al-Atthar, Muhammad bin Ali bin Syafi' (ayah saudaranya), Sa'id bin Salim, Fudhail bin Al-Iyyadh dan lain-lain. Imam al-Baihaqi menyebutkan bahawa guru-guru Imam Syafi'e di Makkah seramai 19 orang. Beliau juga menguasai Bahasa Arab serta cabang-cabang ilmunya dengan fasih dan mendalam.
   
     Imam Ahmad bin Hambal berkata : " Sesungguhnya Allah mengurniakan untuk manusia pada permulaan 100 tahun orang yang mengajar mereka sunnah dan menafikan pembohongan terhadap Rasulullah S.A.W.. Kami mendapati pada 100  yang pertama adalah Umar bin Abdul Aziz dan 100 yang kedua adalah asy-Syafi'e. "
   
     Iktibarnya jika kita ingin mempunyai generasi yang cerdik berilmu hendaklah memulakan langkah memberikan pendidikan dan persekitaran yang baik untuk anak-anak/generasi akan datang ketika mereka berada di awal usia.
   
     Persekitaran dan kejiranan yang baik juga sangat membantu, menjadikan faktor penyokong kepada kejayaan 'mencipta' generasi berilmu dan bertaqwa!

Allahumma Faqqihna fiddin Ya Allah.....Allahumma Ameeenn....

Memperingati peristiwa ISRA' dan MI'RAJ

              memperingati dan menghayati peristiwa isra' dan mi'raj


Isra’ bermaksud perjalanan malam dari Masjidl Haram di Makkah hingga Baitul Maqdis (Masjidil Aqsa) di Palestin dengan menunggang Buraq. Manakala Mi’raj pula ialah perjalanan Nabi sollallaahu ‘alaihi wasallam melalui tangga yang disediakan oleh Allah dengan anak tangga berjumlah 9 tingkat. Setiap anak tangga membawa mereka kepada satu lapisan langit. Jadi Mi’raj ini adalah perjalan Rasulullah bersama malaikat Jibril dan Mikail melalui tangga dari Masjid Aqsa menuju ke Sidratul Muntaha di atas langit yang ketujuh.

Mengikut setengah riwayat peristiwa Isra' dan Mi'raj ini terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian beliau. Tarikh ini bersamaan 662 M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun sebelum Hijrah dari Mekah ke Madinah. Tahun ini juga dikenali sebagai Tahun Dukacita kerana bapa saudaranya Abu Talib bin Abdul Mutalib dan isterinya Siti Khadijah binti Khuwailid meninggal dunia. Nabi dan anak angkatnya Zaid bin Haritsah diusir dan dibaling batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah.

Pendapat lain pula mengatakan berlaku pada hari isnin 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah (tahun 619M.

Tarikh sebenar berlakunya peristiwa hebat itu masih lagi menjadi perselisihan di kalangan ulama.

Ada yang berpendapat ia berlaku sebelum Rasulullah sollallaahu ‘alaihi wasallam menjadi Nabi. Ia merupakan pendapat yang janggal. Majoriti ulama berpendapat ia terjadi selepas Rasulullah sollallaahu ‘alaihi wasallam menjadi Nabi. Ia diperkuatkan oleh banyak hadits yang sahih.

Seterusnya mereka berbeza pendapat lagi tentang tahun kejadian selepas kebangkitan Nabi sebagai Nabi samada tahun ke 13, 12, 10 atau ke 8 Kenabian. Begitu juga bulan samada bulan Safar, Rabi`ul Awal, Rabi`ul Akhir, Rejab, Sya`ban, Ramadhan, Syawal atau Zulhijjah.

1. Menurut Ibn Sa`ad dan Nawawi serta Ibn Hazim ia berlaku setahun sebelum hijrah. Hijrah berlaku pada akhir Safar dan Awal Rabi`ul Awal. Ini bererti peristiwa ini berlaku pada bulan Safar atau Rabi`ul Awal.

2. Menurut Ibn Jauzi, 8 bulan sebelum hijrah. Ia bererti pada bulan Rejab.

3. Menurut Abu al-Rabi` bin Sali, 6 bulan sebelum Hijrah. Ia bererti pada bulan Ramadhan

4. Menurut Ibrahim al-Harbi, dan ditarjihkan oleh Ibn al-Munir dalam Syrah al-Sirah oleh Ibn `Abd al-Barr, ia berlaku 11 bulan sebelum hijrah iaitu pada bulan Rabi`ul Akhir

5. Menurut Ibn `Abd al-Barr, Ia berlaku 13 bulan sebelum hijrah. Ia bererti pada bulan Safar.

6. Menurut Ibn Faris, ia berlaku 15 bulan sebelum hijrah. Ia bererti pada bulan Zulhijjah.

7. Menurut al-Sudiy sebagaimana diriwayatkan oleh Tabari dan Baihaqi dan di pegang oleh al-Waqidi, 17 bulan sebelum Hijrah. Ia bererti ia berlaku pada bulan Syawal

8. Menurut Ibn Qutaibah dan dihikayatkan oleh Ibn `Abd al-Barr serta disebut oleh Ibn Sa`ad daripada Ibn Abi Sirah, ia berlaku 18 bulan sebelum hijrah iaitu pada bulan Ramadhan

9. Menurut riwayat Ibn `Abd al-Barr dan dipegang oleh Nawawi dalam al-Raudah, ia berlaku pada bulan Rejab

10. Menurut riwayat Ibn al-Athir, ia berlaku 3 tahun sebelum hijrah.

11. Menurut riwayat `Iyad dan dituruti oleh Qurtubi dan Nawawi daripada al-Zuhri, ia berlaku 5 tahun sebelum hijrah. `Iyad berhujah bahawa tiada perselisihan lagi bahawa Khadijah pernah solat bersama baginda sollallaahu ‘alaihi wasallam selepas kefarduan Solat diturunkan. Juga tiada yang berselisih bahawa Khadjah mati sebelum hijrah samada 3 tahun atau 5 tahun sebelum hijrah. Tiada perselisihan juga bahawa kefarduan solat berlaku pada malam Isra’.

Namun, hujahnya boleh diteliti kembali kerana menurut al-`Askari Khadijah mati 7 tahun sebelum hijrah. Ada pendapat menyatakan 4 tahun sebelum hijrah. Ibn al-A`rabi menyatakan beliau mati tahun berlakunya hijrah.

Dalil dari al-Qur'an.
Sebagai membuktikan kebenaran peristiwa ini Allah subhanahuu wataala berfirman dalam al-Qur'an, surah al-Isra';

Maksudnya : "Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsha yang telah Kami berkahi sekelilingnya, agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui". (QS. al-Isra' : 1)

Dalil dari Hadits.
Dari Abu Said al-Khudri, bahawa dia telah bertanya kepada Nabi sollallaahu ‘alaihi wasallam perihal malam di saat baginda diisra’kan, maka nabi berkata:

Maksudnya: “Telah di datangkan kepadaku seekor binatang, yang dia menyerupai ‘bighal’ (baghal) iaitu yang bernama ‘Buraq’ yang dikenderai para nabi”. Sabda Nabi sollallaahu ‘alaihi wasallam seterusnya: “Buraq itu membawa aku, dan dia dapat melangkah kaki depannya sejauh mata memandang (kira-kira 1 Kilo meter), lalu aku mendengar suara memanggil dari kanan; Ya Muhammad, perlahan-lahanlah. Maka akupun terus saja serta tidak berpaling kepadanya, maka aku mendengar seruan dari kiri, tetapi akupun terus saja serta tidak berpaling, kemudian aku bertemu pula dengan Seorang perempuan di atas kepalanya dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan …….kemudian aku sampai di Baitul Maqdis atau baginda menyebut Masjid Aqsa. Maka aku turun dan mengikat Buraq itu di tempat nabi mengikat Buraqnya, lalu aku masuk ke dalam Masjid dan solat. (Setelah solat) aku bertanya kepada Jibril alaihissalam: “Ya Jibril, aku mendengar suara dari arah kananku, suara siapakah itu?”. Jibril menjawab: “Itu adalah suara Pendakwah Yahudi, ketahuilah sesungguhnya kalau engkau berhenti saat itu, nescaya umatmu menjadi orang-orang Yahudi.”. Aku bertanya lagi (kepada Jibril): “Akupun mendengar suara dari arah kiri, suara apakah itu?”. Jibril menjawab : “Itu adalah suara pendakwah Nasrani, ketahuilah sesungguhnya kalau engkau berhenti saat itu nesacaya umatmu akan menjadi orang-orang Nasrani. Adapun wanita yang menemui kami kamu adalah gambaran tentang dunia ini, yang telah dihias untukmu, maka seandainya kamu berhenti saat itu, nescaya umatmu (semua) akan memilih dunia daripada akhirat”. Kemudian dihidangkan kepadaku dua gelas minuman, satu berisi susu dan satu lagi berisi khamar (arak), dan aku dipersilakan: “Minumlah, mana yang engkau sukai”. Maka aku mengambil gelas yang berisi susu, dan aku tinggalkan gelas berisi khamar. Kata Jibril: “Tepatlah pilihan engkau yang sesuai dengan fitrah – iaitu engkau telah memberikan Islam kepada umatmu sebagai agama mereka – ketahuilah, seandainya engkau memilih khamar, nescaya akan menjadi sesatlah umatmu”.


Kronologi Peristiwa Isra’ dan Mi’raj

1. Sebelum Isra’ dan Mi’raj
Rasulullah sollallaahu ‘alaihi wasallam mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibril dan Mika’il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah sollallaahu ‘alaihi wasallam. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimun nubuwwah” (Nabi Penutup/Terakhir). Kemudian Jibril membawa binatang bernama Buraq yang seakan-akan baghal dan kuda, untuk ditunggangi oleh Rasulullah sollallaahu ‘alaihi wasallam dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan Isra’ itu.

2. Ketika Isra’ (Perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa):
Sepanjang Isra’ itu Rasulullah sollallaahu ‘alaihi wasallam diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibril dan Israfil. Apabila sampai di tempat-tempat tertentu, Rasulullah sollallaahu ‘alaihi wasallam diarah oleh Malaikat Jibril supaya berhenti dan solat dua rakaat. Di tempat-tempat berikut:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah sollallaahu ‘alaihi wasallam akan melakukan hijrah.
ii. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa a.s. menerima wahyu daripada Allah;
iii. iii. Baitul Laham (tempat Nabi ‘Isa a.s.dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah sollallaahu ‘alaihi wasallam menghadapi gangguan jin ‘Afrit dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa yang amat luar biasa. Antaranya :
i. Kaum yang sedang bercucuk tanam kemudian terus menuai hasil tanaman mereka. Setelah dituai, hasil yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah sollallaahu ‘alaihi wasallam diberitahu oleh Jibril : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

ii. Tempat yang berbau harum. Rasulullah sollallaahu ‘alaihi wasallam diberitahu oleh Jibril : Itulah wanginya kubur Masyitah (tukang sisir Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).
iii. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibril memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (solat).

iv. Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibril : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat dari harta yang mereka kumpulkan.

v. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibril: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan masing-masing mempunyai isteri / suami.

vi. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibril: Itulah orang yang makan riba`.

vii. Lelaki yang memikul seberkas kayu yang banyak di atas belakangnya dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibril: Itulah orang tak menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

viii. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan gunting berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibril: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu kepada saudaranya.

ix. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibril: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

x. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibril: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

xi. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah sollallaahu ‘alaihi wasallam tidak memperdulikannya. Kata Jibril: Itulah dunia. Jika Rasulullah sollallaahu ‘alaihi wasallam memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

xii. Seorang perempuan tua berdiri di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah sollallaahu ‘alaihi wasallam berhenti. Rasulullah sollallaahu ‘alaihi wasallam tidak menghiraukannya. Kata Jibril: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

xiii. Seorang perempuan bongkok belakangnya menahan Rasulullah sollallaahu ‘alaihi wasallam untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibril: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah sollallaahu ‘alaihi wasallam turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan solat dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah sollallaahu ‘alaihi wasallam terasa dahaga, lalu dibawa Jibril dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah sollallaahu ‘alaihi wasallam memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibril: Baginda membuat pilihan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Ketika Mi’raj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mi’raj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah sollallaahu ‘alaihi wasallam dan Jibril naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit (pintu Hafazhah).

1. Langit Pertama:
Rasulullah sollallaahu ‘alaihi wasallam dan Jibril masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

2. Langit Kedua:
Nabi sollallaahu ‘alaihi wasallam dan Jibril naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa a.s.dan Nabi Yahya a.s.

3. Langit Ketiga:
Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf a.s.

4. Langit Keempat:
Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris a.s.

5. Langit Kelima:
Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun a.s. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

6. Langit Keenam:
Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa a.s. Rasulullah sollallaahu ‘alaihi wasallam mengangkat kepala (disuruh oleh Jibril) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

7. Langit Ketujuh:
Masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul Ma’mur yang sedang di lingkungi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah sollallaahu ‘alaihi wasallam , Nabi Ibrahim a.s. bersabda, “Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah umat terakhir dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu ( لا حول ولا قوة الا بالله ) (Laa haula walaa quwwata illaa billaahi).







Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim a.s bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah 5 kalimah, iaitu:

( سبحان الله , والحمد لله, ولا اله الا الله, والله أكبر, ولا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم )
(Subhaanallaah, wal hamdulillaah, walaa ilaaha illallaah, wallaahu akbar, walaa haula walaa quwwata illaa billaahil ‘aliyyil ‘azim)

Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga. Setelah melihat beberpa peristiwa ajain yang lain Rasulullah sollallaahu ‘alaihi wasallam dan Jibril masuk ke dalam Baitul-Makmur dan melakukan solat.

8. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah sollallaahu ‘alaihi wasallam menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah sollallaahu ‘alaihi wasallam dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malaikat penunggunya.

Di sini juga Rasulullas sollallaahu 'alaihi wasalam dapat menyaksikan bentuk rupa Malaikat Jibril yang asal, sebagaimana firman Allah;

Maksudnya : "13. Dan sesungguhnya Muhammad telah melihat Jibril itu (dalam rupanya yang asli) pada waktu yang lain, 14. (yaitu) di Sidratil Muntaha, 15. Di dekatnya ada syurga tempat tinggal, 16. (Muhammad melihat Jibril) ketika Sidratil Muntaha diliputi oleh sesuatu yang meliputinya, 17. Penglihatannya (muhammad) tidak berpaling dari yang dilihatnya itu dan tidak (pula) melampauinya, 18. Sesungguhnya dia telah melihat sebahagian tanda-tanda (kekuasaan) Tuhannya yang paling besar. (QS. al-Najm : 13-18)

9. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah sollallaahu ‘alaihi wasallam masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sarirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah dengan zikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

10. Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah Subhaanahu wa ta’ala dengan mata kepalanya sendiri, lantas serentak baginda bersujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah Subhaanahu wa ta’ala : Ya Muhammad. Rasulullah sollallaahu ‘alaihi wasallam : Labbaika. Allah Subhaanahu wa ta’ala : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah sollallaahu ‘alaihi wasallam : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Daud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang berpenyakit sopak dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah Subhaanahu wa ta’ala berfirman : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu 50 (waktu) solat.

Selesai munajat, Rasulullah sollallaahu ‘alaihi wasallam di bawa turun menemui Nabi Ibrahim a.s. kemudian Nabi Musa a.s. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah sollallaahu ‘alaihi wasallam merayu kepada Allah Subhaanahu wa ta’ala agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu solat itu, kerana bagi Nabi Musa a.s. umat Nabi Muhammad tidak akan mampu melakukannya. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan solat lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilai pahalanya sebanyak 50 waktu juga. Walaupun Nabi Musa menyuruh Nabi sollallaahu ‘alaihi wasallam terus merayu kepada Allah, tetapi Nabi sollallaahu ‘alaihi wasallam menolaknya dengan alasan sudah malu berhadapan dengan Allah berkali-kali. Maka tinggallah waktu yang diwajibkan solat 5 waktu sehari semalam.

Mengikut jumhur ulama’ walaupun 5 waktu solat yang wajib dilakukan tetapi pahalanya sama dengan 50 waktu yang asal Allah perintahkan sebelum itu.

4. Peristiwa Selepas Mi’raj
Rasulullah sollallaahu ‘alaihi wasallam turun ke langit dunia semula. Seterusnya ke Baitul Maqdis. Lalu menunggang Buraq pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Isra’ dan Mi’raj yang amat ajaib itu. Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah.

Bantahan orang Quraisy.
Sekembali dari Isra’ dan Mi’raj, Nabi Muhamad telah diragui dan ditertawakan oleh masyarakat Quraisy terutama pemimpinnya Abu Jahal dan Abu Lahab. Bagi Abu Jahal, inilah bukti Nabi Muhamad seorang yang gila dan ahli sihir kerana mana mungkin pergi ke Palestin hanya semalaman dan menjelang subuh sudah sampai di Mekah semula. Abu Jahal mempersendakan Rasulullah di Hijr Ismail di hadapan komuniti Bani Kaab bin Luay.

Namun Abu Bakar adalah orang pertama yang percaya dengan cerita itu kerana baginya Muhamad adalah seorang al Amin. Abu Bakar sentiasa membenarkan khabar langit yang Rasulullah bawa. Aisyah mencatatkan ada orang Islam yang murtad selepas peristiwa itu.

Setelah dicabar oleh Bani Kaab bin Luay, Nabi menceritakan keadaan Masjidil Aqsa hingga hampir keliru. Mujurlah saat itu Allah mendatangkan Masjid Aqsa dan diletakkan berdekatan rumah Uqail. Maka, mudahlah Nabi menceritakan masjid itu. Salah seorang dari mereka mengakui kebenaran gambaran itu kerana pernah pergi ke Masjidil Aqsa.


Penutup.
Seandainya peristiwa dalam Isra’ dan Mi’raj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Isra’ dan Mi’raj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Isra’ dan Mi’raj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah Subhaanahu wa ta’ala . : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1). wallahua’lam..

Saturday, July 2, 2011

Mana Lebih Penting? Turath atau Haraki?

kitab-kitab di maktabah usrati di rumah (sekadar gambar)


Ada yang bertanya : " Mana yang perlu dilebihkan, ilmu haraki atau ilmu Turathi?" , jawapannya adalah Kedua-duanya penting.. Tetapi dahulukan yang lebih penting..Ilmu Turathi adalah ilmu yang perlukan tumpuan dan kefahaman serta bimbingan guru yang Mursyid..Jadi perlukan tumpuan lebih.Manakala ilmu Haraki bukanlah teori semata-mata tetapi perlu terjun ke medannya..Jadi bagi para penuntut ilmu, dahulukan Turathi bagi membantu perjuangan kamu di dalam Harakah Islamiyah kelak..jgn pula lepas belajar Turath , alih2 tak berjuang pun ..Golongan bersemangat dah ramai dan kita tumpang semangat mereka..tetapi golongan yang nak tegakkan hukum agama dan menjadi rujukan itu terlalu kurang..Jadi kalau tak tumpu ilmu sekarang , bila lagi?

imam albanna letakkan faham itu sbgai rukun pertama.kfhaman yg murni itu adalah melalui turathi guna untuk seorg brgelar haraki memahami kerangka ASWJ ....jika haraki mmbuatkan turathi lemah,maka perlu dahulukan turathi...jrg didengar turathi buatkan haraki itu lemah,bahkan turathi yg memotivasikan ilmu haraki itu diperoleh secara lgsung & tidak lgsung.skdr pndapat.
kene seiring... kita mnfaatkn ilmu turathi kita utk haraki kita....


 الحركي بدون التراثي كمن أكل الأرز بدون لاوك



Belajar asas pokok agama dulu, baru boleh nk berjuang....kalau iman pun tak kenal bagaimana nk perjuangkan islam??sama2 fikirkan

Sama2 kita belajar,bertalaqqi perkara pokok dalam agama kita...WAJIB atas setiap mukallaf!....jgn hanya SIBUK kononnya nk perjuangkan islam tapi akidah sendiri pun JAHIL!....ASWJ pun xkenal...yg kenal hanya tgk org solat,puasa...itu saja...walhal puak firqah 72 yg masuk neraka itu semua pun solat puasa juga....mana perbezaan nya dgn ASWJ?maka tengoklah akidahnya,apa yg dikata.. tgk apa yg dikata dgn makna tgk apa yg dicakapkan BUKAN tgk org yg berkata walaupun dia pemimpin hebat,berpakaian islam sekalipun tp ROSAK akidahnya maka kita TIDAK BOLEH REDHA dgnnya!...kekuatan islam tidak akan terbina dgn akidah rosak..lihatlah kekuatan para sahabat Rasululillah ketika menghadapi pihak musyrikin dlm perang BADAR!...mereka serah bulat-bulat pd ALLAH dengan penuh keimanan bukan kerana ramai pengikut....Allah,semoga kita semua sedar hal ini yang sangat membimbangkan umat islam khasnya di negara kita kita....bila mwlihatkan keadaan sekarang akan politiknya dan macam-macam merasa bimbang apabila kita asyik berbalah sesama islam 
tetapi dlm masa yg sama bersekongkol dgn kafir laknatullahi 'alaih.....wa iya zubillah...wallahua'lam....

Moga Allah pelihara akan kita semua, Allahumma Ameeenn...

 Telah bersabda Rasulullah saw :
ستفترق أمتي ثلاثا وسبعين فرقة كلها في النار إلا واحدة قيل ومن هم قال الذي هم)) على ما أنا عليه وأصحابي))

Maksud : " Dan umatku akan menjadi 73 golongan, semuanya dalam neraka melainkan satu golongan (yang tidak masuk neraka). Para sahabat bertanya: Siapakah mereka?. Nabi menjawab : Mereka adalah yang mengikut perjalanan hidupku dan para sahabatku (ASWJ)AHLUL SUNNAH WAL JAMAAH". (Riwayat Tirmidzi)


72 golongan tersebut semuanya masuk neraka melainkan satu puak sahaja yaitu, Ahli Sunnah Wal Jamaah….di dalam kitab Tuhfaturraghibin, ada menyebut 72 firqah tersebut  berikut ialah :-
1) Jabariyyah – 12 firqah
2) Qadariyyah – 12 firqah
3) Kharijiyyah – 12 firqah
4) Jahmiyyah @ Ta’til@ Muktazilah – 12 firqah
5) Murji’ah @ Musyabbihah – 12 firqah
6) Rafidhah @ Syi’ah – 12 firqah
Maka cukuplah 72 firqah yg dihuraikan oleh ulama….Semoga perkongsian ini bermanfaat…(^_^)

khulasohnya, hendaklah kita berpegang dan merujuk pada para ulama' muktabar,majoriti ulama'.....
((إن أمتي لا تجتمع على ضلالة، فإذا رأيتم الإختلاف فعليكم بسواد الأعظام))

Maksud : " Sesungguhnya (ulama') umatku tidak akan bersepakat dalam kesesatan dan sekiranya kamu melihat perselisihan hendaklah kamu berpegang dengan AsSawad Al- A'zham (majoriti para ulama')".....para ulama' muktabar...

Moga Allah pelihara akan kita semua, Allahumma Ameeenn...



'Ulama warasatul Anbiya'

jom kenali dan cintai ulama'
'Ulama warasatul Anbiya'

Luqman al-Hakim berwasiat kepada anaknya,
يا بني جالس العلماء وزاحمهم بركبتيك فإن الله يحيي القلوب بنور الحكمة كما يحيي الله الأرض الميتة بوابل السماء

Wahai anak kesayanganku, duduklah bersama para ulama', dekatilah mereka dan ambillah ilmu dari mereka. Sesungguhnya Allah menghidupkan hati-hati dengan cahaya Hikmah, sebagaimana Allah menghidupkan tanah yg mati dengan hujan dari langit. (al-Muwatta', 

Imam Malik)...jom kenali dan cintai ulama',ikuti siri ini dan sambungan nya akan datang...


.

 
HABIB ZEIN BIN IBRAHIM BIN SUMAITH حبيب زين ابن ابراهيم ابن سميط  

    Antara permata habaib zaman ini. Terkenal khumul yang tidak sukakan kemasyhuran dan tinggi sebutan. Faqihnya umat ini yang tabahhur ilmunya. Beliau adalah al-'Allaamah al-Muhaqqiq al-Faqih al-'Abid az-Zahid al-Murabbi ad-Da`ie ila Allah as-Sayyid al-Habib Zain bin Ibrahim bin Zain bin Muhammad bin Zain bin 'Abdur Rahman bin Ahmad bin 'Abdur Rahman bin 'Ali bin Saalim bin `Abdillah bin Muhammad Sumaith bin 'Ali bin 'Abdur Rahman bin Ahmad bin 'Alawi bin Ahmad bin 'Abdur Rahman bin 'Alawi ('ammul Faqih).

Beliau dilahirkan pada tahun 1357H di Jakarta, Indonesia. Beliau telah diberi didikan awal agamanya oleh ayahandanya sendiri dan juga dengan para ulama dan pemuka habaib di Jawa. Sedari kecil beliau telah dibawa oleh ayahandanya untuk hadir ke halaqah ilmu, rohah dan mawlid yang dianjurkan oleh Habib 'Alwi bin Muhammad al-Haddad di Bogor yang merupakan naqib para saadah di Tanah Jawa. Habib 'Alwi ini adalah seorang ulama dan waliyUllah yang terkemuka pada masanya. Beliau wafat pada tahun 1373H dan dimakamkan di Empang, Bogor di mana hingga saat ini makamnya diziarahi dan terkenal sebagai Keramat Empang Bogor. Beliau inilah antara guru awal Habib Zain. Selain itu, Habib Zain juga sering dibawa ayahandanya untuk meneguk ilmu dan hikmah di majlis seorang lagi ulama dan waliyUllah iaitu Habib 'Ali bin 'Abdur Rahman al-Habsyi (Habib 'Ali Kwitang).

Dalam tahun 1371H, ketikanya usianya lebih kurang 14 tahun, Habib Zain telah dibawa oleh ayahandanya ke Tarim al-Ghanna. Di sana beliau meneruskan pengajiannya di Rubath Tarim dan berguru dengan ramai ulama terkemuka yang telah memberinya sanad dan ijazah mereka seperti Habib Muhammad bin Saalim BinHafidz (lihat gambar sebelah, beliau adalah ayahanda Habib 'Umar), Habib 'Umar bin 'Alawi al-Kaaf, Habib 'Alawi bin 'Abdullah Bin Syihaabuddin, Habib Ja'far bin Ahmad al-'Aydrus, Habib Ibrahim bin 'Umar bin 'Aqil, Habib Abu Bakar 'Aththas bin 'Abdullah al-Habsyi, Habib Salim bin 'Alawi Khird, Habib 'Abdur Rahman bin Haamid as-Sariy, 'Allaamah Syaikh Mahfuz bin Saalim al-Zubaidi, Syaikh Saalim bin Sa`id Bukair BaGhitsaan al-Mufti, Syaikh Fadhl bin Muhammad BaFadhl, Habib Muhammad bin Hadi as-Saqqaf, Habib Ahmad bin Musa al-Habsyi, 'Allaamah al-Muhaddits Sayyid 'Alawi bin 'Abbas al-Maliki al-Makki, Habib 'Umar bin Ahmad BinSumaith, Habib Ahmad Masyhur bin Taha al-Haddad, Habib 'Abdul Qaadir bin Ahmad as-Saqqaf dan Habib Muhammad bin Ahmad asy-Syaathiri. Asuhan dan didikan selama 8 tahun di Kota Tarim dengan ulama-ulamanya itu menjadikan Habib Zain seorang ulama dan faqih yang melaut ilmunya di samping hafalannya akan segala mutun para ulama antaranya matan az-Zubad dan al-Irsyad bagi Ibnu al-Muqri` sehingga bab al-jinayah.

Setelah kira-kira 8 tahun menuntut di Tarim, Habib Zain telah disuruh oleh guru beliau Habib Muhammad bin Saalim BinHafiz untuk pindah ke al-Baidha` untuk mengajar dan berdakwah di samping meneruskan pengajian dengan para ulama di sana antaranya kepada mufti al-Baidha`, Habib Muhammad bin 'Abdullah al-Haddar. Kedatangannya ke al-Baidha` disambut dengan penuh kegembiraan oleh Habib Muhammad bin 'Abdullah al-Haddar. Habib Zain telah ditugaskan oleh Habib Muhammad al-Haddar untuk mengajar dan membantu beliau dalam berdakwah. Kagum dengan beliau, akhirnya Habib Muhammad al-Haddar telah menikahkan beliau dengan puterinya. Habib Zain terus menetap di al-Baidha` dan meneruskan pengabdiannya terhadap ilmu dan dakwah di mana beliau menjadi tempat rujuk dan mufti. Ketinggian ilmunya diakui oleh para ulama sehingga Habib Muhammad al-Haddar menyatakan bahawa apabila sesuatu permasalahan itu telah dijawab oleh Habib Zain, maka tidaklah perlu untuk membuat rujukan lain.

Setelah kira-kira 21 tahun menetap di al-Baidha`, maka pada bulan Ramadhan 1406, Habib Zain telah berhijrah ke kota nenda beliau al-Mustafa s.a.w., Madinah al-Munawwarah, untuk menjadi pengasuh Rubath Habib 'Abdur Rahman bin Hasan al-Jufri. Beliau berganding dengan Habib Saalim asy-Syaathiri untuk mengasuh Rubath al-Jufri tersebut. Setelah Habib Saalim pulang ke Tarim untuk mengasuh Rubath Tarim, maka tanggungjawab di Rubath al-Jufri dipikul sepenuhnya oleh Habib Zain sehingga kini. Selain melahirkan ramai murid yang menjadi ulama dan da`ie, beliau juga telah menghasilkan beberapa karya yang berbobot, antaranya "al-Manhaj as-Sawi syarhu Ushul Thoriiqah as-Saadah Ali Baa 'Alawi" dan "al-Ajwibah al-Ghaliyyah fi 'Aqidah al-Firqah an-Naajiyyah". Kitabnya "al-Manhaj as-Sawi" sekitar 700 halaman menerangkan dengan terperinci mengenai 5 usul yang menjadi asas bagi jalan para saadah Bani 'Alawi (Thoriqah Bani 'Alawi) iaitu (1) ilmu; (2) amal; (3) wara`;(4) khauf dan (5) ikhlas. Selain kitab-kitab tersebut, sejumlah fatwa-fatwa beliau juga telah dikumpul dan dibukukan oleh sebahagian murid-murid beliau.

Moga-moga Allah memelihara dan melanjutkan usia Habib Zain bin Ibrahim BinSumaith. Semoga kita dan sekalian umat dapat mengambil manfaat dengan keberadaan beliau atas muka bumi ini. Allahumma aamiin....







Doktor Muhammad Sa'id Ramadhan Al-Bouti  
Mengenai biodata Dr Said. Untuk pengetahuan saudara/ri sekelian beliau di lahirkan di Negara Turki di perkampungan yg bernama ‘Jilka’ pada tahun 1929.Beliau mula belajar agama di Universiti Al-Azhar Mesir sehinggalah ke peringkat tertinggi iaitu Phd dalam jurusan undang-undang Islam. Kini, beliau adalah pensyarah di Universiti Damascus dan bergiat aktif di dalam persidangan serta seminar di peringkat antarabangsa. Sehingga kini beliau telah menulis lebih kurang 40 buah buku dan yang masyur ialah ‘Fiqh Sirah’ (Di baca dalam Majlis Ilmu di Surau Al Hidayah AU3) yg menjadi rujukan seluruh dunia.Kecerdasan inteleknya terserlah di dalam kuliah-kuliah dan ceramah yang disampaikan di serata Syria. Sebagai seorang ahli akademik, beliau juga menganggotai Majlis Tertinggi Akademi Oxford, England dan ‘Royal Society of The Islamic Civilisation Researches’ yang berpusat di Amman, Jordan. Beliau bermadzhab Al-Syafii dan bertauhid Al-Maturidi/Al-Asya'irah .          





Habib Salim bin 'Abdullah bin 'Umar asy-Syathiri
Habib dilahirkan di Kota Tarim, Hadhramaut pada tahun 1359H. Ayahanda beliau, Habib 'Abdullah adalah pendiri Rubath Tarim yang telah melahirkan ribuan ulama dan santri dari segenap pelosok dunia Islam. Beliau terkenal sebagai seorang ulama yang sholih. Bonda HabibSalim, Syarifah Ruqayyah binti Muhammad bin Hasan Mawla Aidid, adalah seorang wanita yang sholihah yang gemar beruzlah untuk beribadah kepada Allah.

Tatkala berusia 3 tahun, Habib Salim menjadi yatim dengan pemergian ayahanda beliau ke rahmatUllah. Namun asuhan dan didikan agamanya tidak pernah terabai, belum pun genap umurnya 11 tahun beliau sudah hafal al-Quran. Beliau telah menimba berbagai ilmu pengetahuan dari sekitar 80 orang ulama-ulama besar Hadhramaut dan Haramain, antara guru beliau adalah:-

1. Habib Muhammad al-Mahdi;
2. Habib Abu Bakar;
3. Habib Hasan bin 'Abdullah asy-Syathiri;
4. Habib 'Alwi bin Syihabuddin;
5. Habib Ja'far bin Ahmad al-'Aydrus;
6. Habib 'Alwi bin 'Abbas al-Maliki al-Hasani;
7. Syaikh Hasan bin Muhammad Masyath;
8. Syaikh 'Abdullah Sa`id al-Lahji asy-Syafi`i;
9. Habib Hasan bin Muhammad Fad`aq;
10. Syaikh Hasan bin Sa`id.

Sekembalinya beliau ke Yaman, beliau telah menggunakan masanya untuk berdakwah dan menyebar ilmu. Beliau pernah tinggal 15 tahun di Kota Aden dan menjadi guru dan khatib di Masjid Habib Abu Bakar al-'Adni bin 'Abdullah al-Aydrus. Pada tahun 1403, atas permintaan Habib Zain bin Ibrahim BinSmith dan Habib Muhammad al-Haddar, beliau bermukim di Kota Madinah dan mengasuh Rubath al-Jufri.

Telah banyak santri yang mengambil manfaat dari kedalaman ilmu beliau. Beliau dikenali memiliki keikhlasan yang tinggi, akhlak yang mulia serta sentiasa menjaga sunnah Junjungan Nabi s.a.w. Dakwah dan menyebarkan ilmu tidak menghalang dirinya untuk memperbanyakkan ibadah-ibadah khususiyyah seperti sholat-sholat sunnat. Setiap Ramadhan, beliau menambah sembahyang malamnya sehingga 100 rakaat setiap malam.


Kini Habib Salim mengabdikan dirinya untuk mengasuh Rubath Tarim yang mempunyai sekitar 500 orang santri dari berbagai negara termasuklah Malaysia. Selain itu, beliau tetap melakukan rehlah dakwah ke berbagai pelosok dunia Islam. Mudah-mudahan Allah memberi kesihatan yang sempurna serta melanjutkan usia ulama yang digelar sebagai "Sulthanul 'Ilmi" ini demi manfaat agama dan umat. Allahumma aamiin...









Al-Fadhil Syeikh Nuruddin makki al-banjari
al-Fadhil Tuan Guru Syaikh Muhammad Nuruddin bin Haji Marbu bin Abdullah Thayyib حفظه الله berasal dari Banjarmasin, Kalimantan Selatan Indonesia. Beliau dilahirkan di sebuah desa bernama Harus, Amuntai pada tanggal 1 September 1960M. Beliau anak yang ketiga dari tujuh bersaudara, dari sebuah keluarga yang taat beragama. Bonda beliau bernama Hajjah Rahmah binti Haji Muhammad Sobri adalah puteri dari seorang tokoh ulama besar di Kalimantan Selatan.

Berhijrah ke Tanah Suci Makkah

Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah rendah di kampung Harus. Kemudian pada tahun 1974 beliau belajar di pondok pesantren Normal Islam. Belum pun sempat menamatkan pengajiannya di pondok tersebut seluruh keluarga beliau telah berhijrah ke tanah suci Makkah. Pada tahun itu juga (1974) beliau meneruskan pengajiannya di madrasah Shaulathiah [sejarah penubuhan madrasah ini boleh didapati disini] sehingga tahun 1982. Selain itu beliau juga mengikuti pengajian yang diadakan umum di Masjidiharam dan juga dirumah para masyaikh.


Pada tahun 1982 beliau telah menamatkan pengajiannya dengan kepujian mumtaz (cemerlang) di madrasah Shaulathiah. Di samping itu juga beliau turut mencurahkan ilmunya kepada para pelajar dari Indonesia. Beliau telah mengajarkan kitab Qatrunnada, Fathul Mu'in, 'Umdatussalik, Bidayatul Hidayah dan lain-lain sebelum naik ke kelas 'Aliyah.

Beliau merupakan murid kesayangan gurunya asy-Syaikh al-‘Allamah Ismail Utsman Zain al-Yamani رحمه الله . Dan guru inilah yang banyak mewarnai dalam kehidupan beliau. Tuan guru beliau ini banyak meluangkan waktunya yang berharga untuk beliau dan sering mengajaknya untuk menemani Tuanguru beliau ke Madinah menghadiri program agama dan juga menziarahi maqam baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم. 

[Ketika aku di Bogor untuk menghadiri pengajian bersama Shaikh Nuruddin, beliau kelihatan agak sebak bila menceritakan guru kesayangannya ini. Matanya merah berair …. ya… mengingati guru kesayangannya ini. Beliau juga menunjuk gambar gurunya yang mulia ini kepada aku …..]

Beliau mencurahkan segala usaha dan tenaganya serta dirinya mendekati para masyaikh untuk berkhidmat dan juga membekali diri dengan ilmu daripada guru-gurunya. Beliau amat gigih dalam belajar, maka tidak hairanlah kalau beliau mendapat tempat di hati para gurunya. Sebut sahaja ulama' yang ada di Mekah khususnya pasti beliau pernah berguru dengan mereka. Siapa yang tidak mengenali tokoh ulama' yang harum nama mereka disebut orang semisal Syaikh al-Allamah Hasan al-Masyath yang digelar Syaikh-ul-Ulama', Syaikh al-Allamah Muhammad Yasin al-Fadani, yang mendapat julukan Syaikhul Hadits wa Musnidud-dunya, Syaikh Ismail Usman Zin al-Yamani yang digelar al-Faqih ad-Darrakah (guru beliau ini menghafal kitab Minhajut Tholibin), Syaikh Abdul Karim Banjar, Syaikh Suhaili al-Anfenani, as-Sayyid Muhammad bin Alwi al-Maliki, Syaikh Said al-Bakistani dan masih banyak lagi. Kata pepatah arab “cakap sahaja tanpa perlu khuatir”. Kitab-kitab yang dipelajari beliau bersambung sanad hingga kepada pengarang, masyaAllah betapa hebat dan beruntungnya umur beliau dan segala-galanya yang diberikan oleh Allah, tidak salah kalau dikatakan ilmu beliau lebih tua dari umurnya. 

Pada tahun 1983 beliau telah melanjutkan pengajiannya di Universiti al-Azhar asy-Syarif dalam bidang syariah hingga mendapat gelar sarjana muda. Kemudian beliau meneruskan lagi pengajiannya di Ma'had 'Ali Liddirasat al Islamiah di Zamalik sehingga memperolehi diploma am “Dirasat 'Ulya” pada tahun 1990.

Antara guru-gurunya ketika belajar di Mekah dan Mesir adalah adalah:-
  • asy-Syaikh al-‘Allamah Hasan al-Masyath رحمه الله
  • asy-Syaikh al-‘Allamah Muhammad Yasin al-Fadani رحمه الله,
  • asy-Syaikh al-‘Allamah Ismail Utsman Zain al-Yamani al-Makki رحمه الله,
  • asy-Syaikh ‘Abdullah Said al-Lahji رحمه الله,
  • asy-Syaikh al 'Alaamah al-Jalil as-Sayyid 'Amos رحمه الله
  • asy-Syaikh al-‘Allamah Muhammad ‘Iwadh al-Yamani رحمه الله
  • asy-Syaikh Zakaria Bila al-Indonesia رحمه الله
  • asy-Syaikh Muhammad Syibli al-Banjari رحمه الله
  • asy-Syaikh Karim al-Banjari رحمه الله
  • asy-Syaikh ‘Abdul Karim al-Bukhari رحمه الله
  • asy-‘Adnan al-Afnani رحمه الله
  • asy-Syaikh Saifurrahman رحمه الله
  • asy-Syaikh Sahili al-Anfanani رحمه الله
  • asy-Syaikh Said al-Bakistani رحمه الله
  • asy-Syaikh al-‘Allamah al-Muhaddits al-Kabir Muhammad Zakaria al-Kandahlawi رحمه الله
  • asy-Syaikh al-Jalil al-Habib ‘Abdul Qadir as-Saggaf حفظه الله
  • asy-Syaikh Muhammad Muntashir al-Katani al-Maghribi رحمه الله
  • asy-Syaikh al-‘Allamah al-Muhaddits al-Habib as-Sayyid Muhammad ‘Alawi al-Maliki رحمه الله
  • asy-Syaikh al-‘allamah Muhammad Makki al-Hind رحمه الله
  • asy-Syaikh Muhammad Makhluf رحمه الله
  • asy-Syaikh al-‘allamah ‘Abdullah bin Hamid رحمه الله
  • asy-Syaikh al-‘Allamah al-Kabir Muhammad Mutawalli asy-Sya’rawi رحمه الله
  • asy-Syaikh al-Imam al-Akbar ‘ali Jadul Haq رحمه الله
  • asy-Syaikh Muhammad Zaki Ibrahim رحمه الله
  • al-Ustaz ad-Doktor asy-Syaikh Muhammad Tayyib an-Najjar رحمه الله
  • asy-Syaikh al-Jalil ar-Rabbani Muhammad ‘Abdul Wahid رحمه الله
  • asy-Syaikh al-‘allamah al-Kabir Abul Hasan ‘Ali an-Nadwi رحمه الله
  • asy-Syaikh al-‘Allamah al-Faqih ‘atiyyah Saqr رحمه الله
  • asy-Syaikh al-‘Allamah Hussin رحمه الله
  • asy-Syaikh ‘Abdul Hafidz al-Hind رحمه الله
  • al-Ustadz ad-Doktor Ahmad umar Hasyim حفظه الله,
  • al-Ustadz ad-Doktor ‘Abdusshobur Syahin
  • al-Ustadz ad-Doktor ‘Abdul Fattah asy-Syaikh,
  • al-Ustadz ad-Doktor Nashr Farid,
  • asy-Syaikh al-‘Arifbillah Yusuf Mahyuddin al-Hasani asy-Syadhuli ad-Darqawi حفظه الله dan ramai lagi....


  • MENABUR JASA & MENYANDANG GELAR AZHARUS TSANI 
  • Setelah menamatkan pengajian di Universiti al-Azhar beliau menumpukan perhatiannya untuk mencurahkan ilmunya kepada ribuan para pelajar yang datang dari Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand yang menuntut di Universiti al Azhar sehingga beliau mendapat gelaran al Azharus Tsani (Azhar ke Dua) satu julukan yang terhormat dan tulus dari masyarakat universiti al Azhar sendiri.

    Beliau mengadakan kelas pengajian yang diberi nama “Majlis Al-Banjari Littafaqquh Fiddin” semenjak tahun 1987 sehingga 1998 yang mana buat pertama kalinya diadakan di rumah pelajar Johor dan rumah pelajar Pulau Pinang, di dewan rumah Kedah dan di dewan rumah Kelantan dan juga di masjid Jamik al Path di Madinah Nasr. Di samping mengajar beliau juga menghasilkan kitab-kitab agama berbahasa Arab dalam pelbagai bidang yang banyak tersebar luas di Timur Tengah dan juga di negara Malaysia. Boleh dikatakan setiap para pelajar yang belajar di Al-Azhar Mesir semasa beliau berada di sana pernah menimba ilmu dari tokoh ulama' muda ini. Dan memanglah semenjak dari awal keterlibatannya dalam dunia ta'lim beliau telahpun menazarkan diri beliau untuk terus menjadi khadim (orang yang berkhidmat) untuk penuntut ilmu agama. Semoga Allah Ta’ala mengurniakan kesihatan dan ke'afiaatan kepada beliau serta keluarganya dan memberikan kesempatan yang seluasnya untuk beliau terus mencurahkan ilmu dan terus menghasilkan karya ilmiah. 

    MENGHASILKAN KARYA ILMIAH 
    Beliau telah melibatkan diri dalam dunia penulisan semenjak tahun 1991. Beliau telah menghasilkan karangan dan juga mentahqiq kitab-kitab mu'tabar tidak kurang daripada 50 buah karangan kebanyakkannya dalam bahasa Arab. 

    Kitab tulisan beliau:
    • الإحاطة بأهم مسئل الحيض والنفاس والاستحاضة
    • تساؤلات وشبهات وإباطيل حول معجزة الإسراء والمعراج والرد عليها
    • المختار من نوادر العرب وطرائفهم
    • آدب المصافحة
    • من هو المهدى المنتظر؟
    • المجال الإقتصاد في الإسلام
    • بيان مفتى جمهورية مصر العربية حول فوائد البنوك في ميزان أهل العلم
    • سفر المرأة (احكامه و آدابه)
    • الدرر البهية في إيضاح القواعد الفقهية
    • معلومات تهمك
    • أسماء الكتاب الفقهية لسادتنا الأئمة الشافعية
    • أحكام العدة في الإسلام
    • آراء العلماء حول قضية نقل الأعضاء
    • أدلة بحريم نقل الأعضاء الآدمية
    • الأمر بالمعروف والنهى عن المنكر في الكتاب والسنة
    • العبر ببعض معجزات خير البشر صلى الله عليه وسلم
    • محمد نور الدين مربو البنجاري المكي والأحاديث المسلسة
    • الجوهر الحسن من أحاديث سيدنا عثمان عفان رضي الله عنه
    • اسمى المطالب من بعض أحاديث سيدنا على بن أبي طالب رضي الله عنه 
    • مراقي الصعود من بعض أحاديث سيدنا عبدالله بن مسعود رضي الله عنه
    • إفادة العام والخاص من بعض أحاديث سيدنا عبدالله بن عمرو بن العاص رضي الله عنهما
    • الكواكب الدري من أحاديث سيدنا أبي سعيد الخدري رضي الله عنه
    • الكواكب الأغر ببعض أحاديث سيدنا عبدالله بن عمر رضي الله عنهما
    • زاد السلك من أحاديث سيدنا أنس بن مالك رضي الله عنه
    • الإقتباس من أحاديث سيدنا عبدالله بن عباس رضي الله عنهما
    • فيض الباري حول بعض أحاديث سيدنا أبي موسى الإشعري رضي الله عنه
    • الردة أسبابها وأحكامها
    • توفيق الباري لتوضيح وتكميل مسائل الإيضاح للامام النووي
    • مكانة العلم والعلماء وآداب طالب العلم
    • dan banyak lagi

    Antara kitab yang beliau tahqiq dan ta’liq
    • رسالة المعاونة والمظاهرة والمؤازرة
    • قرة العين بفتاوى الشيخ إسماعيل عثمان زين
    • رفع الأستار عن دماء الحج والاعتمار
    • شروط الحج عن الغير
    • الحسن البصري
    • إقامة الحجة غلى أن الإكثار في التعبد ليس ببدعة
    • خصوصيات الرسول صلى الله عليه وسلم
    • يستان العارفين
    • dan banyak lagi
MAJLIS PENGAJIAN BELIAU Dl TANAH AIR MALAYSIA 

Pada tahun 1998 beliau telah diperlawa untuk mengajar di Maahad Tarbiah Islamiah (MTI), Derang Kedah, yang diasaskan oleh al-Marhum Ustaz Niamat Bin Yusuf رحمه الله pada tahun 1980. Beliau tidak ubah umpama hujan yang menyuburkan bumi yang lama kehausan siramannya. Beliau menetap di MTI Derang hinggalah tahun 2002. Beliau merupakan tenaga pengajar yang utama lagi disegani yang banyak memperuntukkan masa beliau untuk para pelajar di Maahad 'Ali Littafaqquh Fiddin, Derang.
[gambar sebelah ini adalah gambar Shaikh Hasan al-Masyath]
Di samping itu beliau juga dijemput mengadakan pengajian dan ceramah bulanan atau mingguan di masjid-masjid, sekolah-sekolah. majlis-majlis perayaan agama malah suara beliau telah lantang bergema menyampaikan syiar agama di hotel-hotel, di pejabat kerajaan sama ada di negeri Kedah Pulau Pinang, Perak, Kelantan dan Terangganu. Setiap kali pengajian yang diadakan pasti akan bertambah jumlah hadirin yang tidak mahu ketinggalan menimba ilmu dan menerima siraman rohani daripada beliau. Selepas 4 tahun menabur bakti di bumi Kedah beliau telah pulang ke tempat asal kelahirannya untuk menubuhkan pesantren beliau sendiri di Kalimantan dan seterusnya pada tahun 2004 beliau menubuhkan Maahad az-Zein al-Makki al-‘Ali Litafaqquh Fiddin di Ciampiea, Bogor, Jawa Barat, Indonesia. Dan disinilah beliau menetap dan mendiri bakal ulama. 

KELEBIHAN BELIAU 

Yang pertama dan utama adalah beliau selalu istiqamah dalam apa jua yang dikerjakannya. Beliau mempunyai semangat yang luar biasa tinggi, tegas dengan prinsip dan berdisiplin tinggi, berwibawa, bersemangat ketika menyampaikan ilmu. Diantara kelebihan beliau lagi walaupun banyak kelebihan beliau yang lain iaitu beliau tidak pernah kelihatan letih walaupun jauh dan lama masa mengajar, banyak tempat pengajian yang beliau hadiri dan juga kelebihannya lagi pasti ada perkara baru yang disampaikan oleh beliau dalam pengajarannya. Adapun kehebatan beliau dalam menyampaikan ilmu mengaitkan masalah semasa dengan apa yang disampaikannya sungguh amat luar biasa dan amat member kesan sekali kepada para hadirin. Beliau bukan sahaja mencurahkan ilmu kepada muridnya bahkan terlebih utama lagi beliau memberi didikan adab semasa belajar. Itu merupakan fadhlun minallah kepada hamba-hambanya yang bertaqwa kepadanya.
[gambaq ni adalah gambaq Shaikh Yasin al-Fadani. Salah satu daripada sanad hadits musalsal yang dikontroversikan oleh simakhluq penulis fitnah di MM tu, Shaikh Nuruddin terima dari Shaikh Yasin]

IRSYADAT AL FADHIL
(Petikan ucapan sulung al-Fadhil Syaikh Muhammad Nuruddin hari pertama pengajian di kelas al-Ma'hadul ‘Ali Lit Tafaqquh Fiddin Derang, Kedah - pada hari Itsnin 9 Ramadhan 1419H bersamaan 28 Disember 1998 M.)


  • Jangan tersilau dengan gelar PhD atau MA dan sebagainya. Penubuhan al Ma’hadul 'All Littafaqquh Fiddin ini untuk mendapat redha Allah dan membawa misi dan visi Nasratu Dinillah Taala dan adda‘watu ilallah Menuntut ilmu untuk menolong agama Allah, bukan untuk sijil, syahadah atau untuk dunia serta pangkat.
  • Terlalu murah kalau dengan ilmu hanya untuk mendapat gaji lumayan. Kalau belajar hanya untuk duit akan terhenti dengan duit, dapat duit tinggal ilmu.
  • Tanggungjawab kita lah terhadap ilmu di tanahair khususnya dan seluruh dunia umumya.
  • Siapkan diri untuk berkorban demi ilmu, agama. Ilmu untuk agama dan akhirat.
  • Bekerjalah untuk Islam, jangan biarkan musuh Islam mengukut tanah umat Islam dikeranakan ulama kita tidur sedang kita asyik bertengkar sesama sendiri.
  • Jadilah 'abidan lillah (hamba kepada Allah jangan 'abidan li makhluk (hamba kepada makhluk). Menuntut ilmu harus ikhlas baru berkat.
  • Berakhlaklah dengan guru yang kita mengaji dengannya. Mohon restu guru, dekati dan dampingi mereka merupakan kunci dan rahsia keberhasilan.
  • Hormatilah kitab-kitab, susun dengan baik dan terhormat, jangan letak sesuatu di atas kitab, membawa kitab jangan seperti menenteng ikan sahaja, dakapkan ke dada.
  • Akhlak juga harus besar sebagaimana besarnya kitab-kitab yang kita pelajari dan beramallah, jangan sampai belajar di kelas Tafaqquh tapi tak berminat untuk beramal.
  • Saya bukan seperti kebanyakan guru silat yang menyimpan langkah-langkah atau jurus-jurus maut yang mematikan dari diketahui murid-murid...

  • IRSYADAT AL FADHIL
    (Petikan ucapan sulung al-Fadhil Syaikh Muhammad Nuruddin hari pertama pengajian di kelas al-Ma'hadul ‘Ali Lit Tafaqquh Fiddin Derang, Kedah - pada hari Itsnin 9 Ramadhan 1419H bersamaan 28 Disember 1998 M.)
    • Jangan tersilau dengan gelar PhD atau MA dan sebagainya. Penubuhan al Ma’hadul 'All Littafaqquh Fiddin ini untuk mendapat redha Allah dan membawa misi dan visi Nasratu Dinillah Taala dan adda‘watu ilallah Menuntut ilmu untuk menolong agama Allah, bukan untuk sijil, syahadah atau untuk dunia serta pangkat.
    • Terlalu murah kalau dengan ilmu hanya untuk mendapat gaji lumayan. Kalau belajar hanya untuk duit akan terhenti dengan duit, dapat duit tinggal ilmu.
    • Tanggungjawab kita lah terhadap ilmu di tanahair khususnya dan seluruh dunia umumya.
    • Siapkan diri untuk berkorban demi ilmu, agama. Ilmu untuk agama dan akhirat.
    • Bekerjalah untuk Islam, jangan biarkan musuh Islam mengukut tanah umat Islam dikeranakan ulama kita tidur sedang kita asyik bertengkar sesama sendiri.
    • Jadilah 'abidan lillah (hamba kepada Allah jangan 'abidan li makhluk (hamba kepada makhluk). Menuntut ilmu harus ikhlas baru berkat.
    • Berakhlaklah dengan guru yang kita mengaji dengannya. Mohon restu guru, dekati dan dampingi mereka merupakan kunci dan rahsia keberhasilan.
    • Hormatilah kitab-kitab, susun dengan baik dan terhormat, jangan letak sesuatu di atas kitab, membawa kitab jangan seperti menenteng ikan sahaja, dakapkan ke dada.
    • Akhlak juga harus besar sebagaimana besarnya kitab-kitab yang kita pelajari dan beramallah, jangan sampai belajar di kelas Tafaqquh tapi tak berminat untuk beramal.
    • Saya bukan seperti kebanyakan guru silat yang menyimpan langkah-langkah atau jurus-jurus maut yang mematikan dari diketahui murid-murid.




    Syeikh Murabbi Sayyidi Syeikh Soleh Al-Ja`fari Al-Husaini Radhiallahuanhu, Pengasas Tariqat Jaafariyah. Dilahirkan pada hari Khamis 10 Jamadil Akhir tahun 1328 Hijrah di wilayah Dunqula, negara Sudan. Beliau kemudian melanjutkan pelajaran ke Al-Azhar dalam kuliah Syariah Islamiyah hingga mendapat sijil 'Alamiyah al-'Aliyah) yang setaraf dengan Phd pada zaman ini. Ketika itu juga beliau sempat mengambil ilmu dari ramai para ulamak pada masa itu.Sebelum kewafatan, beliau telah mendirikan masjid beliau di Hayyul Khailidin, Darrasah dan dijemput mengadap Allah pada petang Isnin, 18 Jamadil Awal tahun 1399 Hijrah bersamaan tahun 1979 masihi dan dikebumikan di masjid beliau yang hingga kini dibuka kepada para pencintanya bagi menziarahi maqam beliau yang mulia.Beliau mengambil tariqat Ahmadiyah yang diasaskan oleh Maulana Sayyidi Ahmad bin Idris dari tangan cucunya yang merupakan gurunya sewaktu di Dunqula iaitu Sayyidi Muhammad As-Syarif bin Sayyidi Abdul 'Ali r.anhuma. Syeikh Soleh mengamalkan wirid serta selawat dari tariqat tersebut. Nama tariqat beliau dinisbahkan kepada beliau hanya selepas kewafatan beliau setelah salah seorang anak muridnya menemui wasiat beliau yang mengizinkan Tariqat itu dinisbahkan kepada beliau dengan nama Tariqat Jaafariyah.



    Syeikh Murabbi Sayyidi Syeikh Abdul Ghani Al-Ja`fari.Beliau merupakan anak tunggal kepada Sayyidi Syeikh Soleh Al-Ja`fari Radhiallahuanhu.Beliau di tinggalkan oleh ayahandanya semenjak beliau kecil lagi, kerana ayahandanya musafir ke Mesir untuk menuntut ilmu di Jami' al-Azhar. Beliau telah dijaga dan di didik oleh datuknya Syeikh Muhammad Soleh al-Jaafari R.A. Beliau kini sebagai khalifah dan pewaris Tariqat Jaafariyah setelah kewafatan Syeikh Soleh Jaafari tahun 1979 dan menggunakan gelaran "Syeikh 'Umum Tariqat"....


    wallahu a'lam.....kenali dan cintai ulama',smbungan akan dtg....

19 Tanda Kematian yang mulia





Begitu sempurna, Allah Ta'ala yang telah meletakan kelopak mata kita didepan sebagai pembelajaran yang menakjubkan - agar kita melihat kedepan, bukan kebelakang - muslim yang cerdas tidak hanya melihat kedepan dengan segala keindahannya, tapi dia mampu melihat masa depan dengan segala rintangan dan sequence termasuk satu titik yang pasti dilalui, yaitu sebuah jambatan yang akan menghubungkan kehidupan Dunia dengan Akhiratnya.....



Jambatan Kematian, 
Sebuah jembatan rahsia yang pasti akan dilalui semua Jiwa!",



Al-Imam Qurtubi pernah merakamkan hadis nabi yang bermaksud, mati mengejut bagi orang yang baik adalah nikmat manakala mati mengejut bagi yang zalim dan jahat adalah azab.
Memang sedih apabila dengar berita kematian, tapi bagi yang tahu kategori kematian, ada anugerah di sebalik itu iaitu mati syahid.
Ini kerana di sana ada satu senarai pakej kematian yang sangat mulia iaitu husnul khatimah atau mati syahid terutama di senarai yang ke lapan dan kesembilan dalam tulisan ini. Antara tanda-tandanya :-

Pertama: Mereka yang dapat mengucapkan syahadah menjelang kematian sebagaimana ditunjukkan dalam banyak hadis sohih, antaranya Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “(Barang siapa yang ucapan terakhirnya Laa ilaaha illallah maka dia masuk syurga).” (Hadis Hasan)
Kedua: Kematian yang disertai dengan basahnya kening dengan keringat atau peluh berdasarkan hadis Buraidah bin Hushaib r.a: Dari Buraidah bin Khusaib r.a (bahawa ketika dia berada di Khurasan sedang membesuk seorang sahabatnya yang sakit dia mendapatinya sudah meninggal tiba-tiba keningnya berkeringat maka dia berkata: Allahu Akbar, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: (Kematian seorang mukmin disertai keringat di keningnya). (Hadis Sahih)
Ketiga: Mereka yang (baik-baik dan soleh) meninggal dunia pada malam Jumaat atau siangnya berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w (tidaklah seorang Muslim yang meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat melainkan Allah melindunginya daripada seksa kubur).
Keempat: Meninggal dalam keadaan syahid di medan perang sebagaimana ertinya: (Dan janganlah sekali-kali kamu mengira bahawa orang-orang yang terbunuh di jalan Allah mati, tetapi mereka hidup diberi rezeki di sisi Tuhan mereka. Mereka bergembira dengan kurnia yang diberikan Allah kepada mereka dan memberi khabar gembira kepada orang yang belum mengikuti mereka di belakang janganlah mereka takut dan sedih. Mereka memberi khabar gembira dengan kenikmatan dari Allah dan kurnia-Nya dan bahawa Allah tidak mensia-siakan balasan bagi orang-orang beriman). (Surah Ali Imran ayat 169-171)
Rasulullah s.a.w bersabda: “(Orang yang syahid mendapat kan enam perkara: Diampuni dosanya sejak titisan darahnya yang pertama, diperlihatkan tempatnya dalam syurga, dijauhkan dari seksa kubur, diberi keamanan dari goncangan yang dahsyat di hari kiamat, dipakaikan mahkota keimanan, dinikahkan dengan bidadari syurga, diizinkan memberi syafaat bagi tujuh puluh anggota keluarganya.”
Kelima: Mereka yang meninggal ketika berjuang di jalan Allah (bukan terbunuh) berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w: “(Apa yang kalian nilai sebagai syahid antara kalian? Mereka berkata: Ya Rasulullah siapa yang terbunuh di jalan Allah maka dia syahid. Beliau berkata: (Jadi sesungguhnya syuhada’ umatku sedikit ). Mereka berkata: Lalu siapa mereka Ya Rasulullah?
Baginda berkata: (Barang siapa yang terbunuh di jalan Allah syahid, barang siapa yang mati di jalan Allah syahid, barang siapa yang mati kerana wabak taun syahid, barang siapa yang mati kerana penyakit perut syahid dan orang yang tenggelam syahid).”
Keenam: Mati kerana satu wabak penyakit taun berdasarkan beberapa hadis antaranya: Rasulullah s.a.w bersabda: (Wabak taun adalah kesyahidan bagi setiap Muslim).
Ketujuh: Mereka yang mati kerana penyakit dalam perut berdasarkan hadis di atas.
Kelapan dan kesembilan: Mereka yang mati kerana tenggelam dan terkena runtuhan berdasarkan sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: (Syuhada ada lima: yang mati kerana wabak taun, kerana penyakit perut, yang tenggelam, yang terkena runtuhan dan yang syahid di jalan Allah).
Kesepuluh: Mereka yang matinya seorang wanita dalam nifasnya disebabkan melahirkan anaknya: Dari Ubadah bin Shamit r. a bahawa Rasulullah s.a.w menjenguk Abdullah bin Rawahah dan berkata: Beliau tidak berpindah dari tempat tidurnya lalu berkata: Tahukah kamu siapa syuhada’ dari umatku? Mereka berkata: Terbunuhnya seorang Muslim adalah syahid. Beliau berkata: (Jadi sesungguhnya para syuhada’ umatku, terbunuhnya seorang Muslim syahid, mati kerana wabak taun syahid, wanita yang mati kerana janinnya syahid (ditarik oleh anaknya dengan tali arinya ke syurga).
Kesebelas dan kedua belas: Mereka yang mati kerana terbakar dan sakit bengkak panas yang menimpa selaput dada di tulang rusuk, ada beberapa hadis yang terkait yang paling masyhur: Dari Jabir bin ‘Atik dengan sanad marfu’: (Syuhada’ ada tujuh selain terbunuh di jalan Allah: yang mati kerana wabak tha’un syahid, yang tenggelam syahid, yang mati kerana sakit bengkak yang panas pada selaput dada syahid, yang sakit perut syahid, yang mati terbakar syahid, yang mati terkena runtuhan syahid, dan wanita yang mati setelah melahirkan syahid).
Ketiga belas: Mereka yang mati kerana sakit TB berdasarkan hadis: Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: (Terbunuh di jalan Allah syahid, wanita yang mati kerana melahirkan syahid, orang yang terbakar syahid, orang yang tenggelam syahid, dan yang mati kerana sakit TB syahid, yang mati kerana sakit perut syahid). (Hadis Hasan)
Keempat belas: Mereka yang mati kerana mempertahankan hartanya yang hendak dirampas. Dalam hal itu ada beberapa hadis di antaranya: Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: (Barang siapa yang terbunuh kerana hartanya (dalam riwayat: barang siapa yang hartanya diambil tidak dengan alasan yang benar lalu dia mempertahankannya dan terbunuh) maka dia syahid).
Kelima belas dan keenam belas: Mereka yang mati kerana mempertahankan agama dan dirinya: Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: (Barang siapa yang terbunuh kerana hartanya syahid, barang siapa yang terbunuh kerana keluarganya syahid, barang siapa yang terbunuh kerana agamanya syahid, barang siapa yang terbunuh kerana darahnya syahid).
Ketujuh belas: Mereka yang mati dalam keadaan ribath (berjaga di perbatasan)
di jalan Allah. Ada dua hadis dalam hal itu salah satunya: Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: (Ribath sehari semalam lebih baik dari berpuasa dan qiyamul lail selama sebulan, dan jika mati maka akan dijalankan untuknya amalan yang biasa dikerjakannya, akan dijalankan rezekinya dan di amankan dari fitnah).
Kelapan belas: Mati ketika melakukan amal soleh berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: (Barang siapa yang mengucapkan: Laa ilaaha illallah mengharapkan wajah Allah lalu wafat setelah mengucapkannya maka dia masuk syurga, barang siapa berpuasa satu hari mengharapkan wajah Allah lalu wafat ketika mengerjakannya maka dia masuk syurga, barang siapa yang bersedekah dengan satu sedekah meng harapkan wajah Allah lalu wafat ketika mengerjakannya maka dia masuk syurga).
Kesembilan belas: Mereka yang dibunuh oleh penguasa yang zalim kerana memberi nasihat kepadanya: Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: (Penghulu para Syuhada’ adalah Hamzah bin Abdul Mutalib dan seseorang yang mendatangi penguasa yang zalim lalu dia memerintahkan yang baik dan melarang dari yang mungkar lalu dia dibunuh nya) Hadis dikeluarkan oleh Al-Hakim dan disahihkannya dan Al Khatib.
Sama-samalah kita berdoa agar pengakhiran kita dgn pengakhiran yang baik (husnul khatimah). Amin Ya Rabbal ‘Aalamin....