Sunday, June 26, 2011

Mutiara Hikmah dari Habib Umar bin Hafidz

Habib Umar bin Hafidz

> Penuhilah hatimu dengan kecintaan terhadap saudaramu niscaya akan menyempurnakan kekuranganmu dan mengangkat derajatmu di sisi Allah
> Barang siapa Semakin mengenal kepada allah niscaya akan semakin takut.
> Barang siapa yang tidak mau duduk dengan orang beruntung, bagaimana mungkin ia akan beruntung dan barang siapa yang duduk dengan orang beruntung bagaimana mungkin ia tidak akan beruntung.
> Barang siapa menjadikan kematiaannya sebagai pertemuan dengan sang kekasih (Allah), maka kematian adalah hari raya baginya.
> Barang siapa percaya pada Risalah (terutusnya Rasulullah), maka ia akan mengabdi padanya. Dan barang siapa percaya pada risalah, maka ia akan menanggung (sabar) karenanya. Dan barang siapa yang membenarkan risalah, maka ia akan mengorbankan jiwa dan hartanya untuknya.
> Kedekatan seseorang dengan para nabi di hari kiamat menurut kadar perhatiannya terhadap dakwah ini.
> Betapa anehnya bumi, semuanya adalah pelajaran. Kukira tidak ada sejengkal tanah di muka bumi kecuali di situ ada ibrah (pelajaran) bagi orang yang berakal apabila mau mempelajarinya.
> Sebaik-baik nafsu adalah yang dilawan dan seburuk-buruk nafsu adalah yang diikuti.
> Tanpa menahan hawa nafsu maka manusia tidak akan sampai pada Tuhannya sama sekali dan kedekatan manusia terhadap Allah menurut kadar pembersihan jiwanya.
> Jikalau sebuah hati telah terbuka, maka akan mendapatkan apa yang diinginkan.
> Barang siapa yang mempunyai samudra ilmu kemudian kejatuhan setetes hawa nafsu, maka hawa nafsu itu akan merusak samudra tersebut.
> Sesaat dari saat-saat khidmat (pengabdian), lebih baik daripada melihat arsy dan seisinya seribu kali.
> Menyatunya seorang murid dengan gurunya merupakan permulaan di dalam menyatunya dengan Rasulullah SAW. Sedangkan menyatunya dengan Rasulullah SAW merupakan permulaan untuk fana pada Allah (lupa selain Allah)
> Manusia di setiap waktu senantiasa terdiri dari dua golongan, golongan yang diwajahnya terdapat tanda-tanda dari bekas sujud dan golongan yang di wajahnya terdapat tanda-tanda dari bekas keingkaran.
> Barang siapa yang menuntut keluhuran, maka tidak akan peduli terhadap pengorbanan.
> Sesungguhnya di dalam sujud terdapat hakikat yang apabila cahanya turun pada hati seorang hamba, maka hati tersebut akan sujud selama-lamanya dan tidak akan mengangkat dari sujudnya.
> Beliau RA berkata tentang dakwah, Yang wajib bagi kita yaitu harus menjadi daI dan tidak harus menjadi qodli atau mufti (katakanlah wahai Muhammad SAW inilah jalanku, aku mengajak kepada Allah dengan hujjah yang jelas aku dan pengikutku) apakah kita ikut padanya (Rasulullah) atau tidak ikut padanya? Arti dakwah adalah memindahkan manusia dari kejelekan menuju kebaikan, dari kelalaian menuju ingat kepada Allah, dan dari keberpalingan kembali menuju kepada Allah, dan dari sifat yang buruk menuju sifat yang baik.
> Syetan itu mencari sahabat-sahabatnya dan Allah menjaga kekasih-kekasih-Nya.
> Apabila ibadah agung bagi seseorang maka ringanlah adap (kebiasaan) baginya dan apabila semakin agung nilai ibadah dalam hati seseorang maka akan keluarlah keagungan adat darinya.
> Bila benar keluarnya seseorang (di dalam berdakwah), maka ia akan naik ke derajat yang tinggi.
> Keluarkanlah rasa takut pada makhluk dari hatimu maka engkau akan tenang dengan rasa takut pada kholiq (pencipta) dan keluarkanlah berharap pada makhluk dari hatimu maka engkau akan merasakan kenikmatan dengan berharap pada Sang Kholiq.
> Banyak bergurau dan bercanda merupakan pertanda sepinya hati dari mengagungkan Allah dan tanda dari lemahnya iman.
> Hakikat tauhid adalah membaca Al Qur’an dengan merenungi artinya dan bangun malam.
> Tidak akan naik pada derajat yang tinggi kecuali dengan himmah (cita-cita yang kuat).
> Barang siapa memperhatikan waktu, maka ia akan selamat dari murka Allah.
> Salah satu dari penyebab turunnya bencana dan musibah adalah sedikitnya orang yang menangis di tengah malam.
> Orang yang selalu mempunyai hubungan dengan Allah, Allah akan memenuhi hatinya dengan rahmat di setiap waktu.

Monday, June 20, 2011

Bait Qasidah Yang Menyentak Jiwa dan Qalbu....

Bait2 qasidah yang dinasyidkan oleh Abdul Salam al-Hasani sgt indah dan menynetuh qalbu2 muhibbin yang merindui Rasulullah sollahu'alaihi wasalam...




terjemahan qasidah Qara'na fid Dhuha قَرَأْنَا فِي الضُّحَى وَلَسَوْفَ يُعْطِيك فَسَرَّ قُلُوْبُنَا ذَاكَ الْعَطَاءُ Telah kami baca di dalam Surah Dhuha “Dan kelak kamu akan diberi kurnia” Maka gembira hati kami atas kurniaan itu وَأَحْسَنُ مِنْكَ لَمْ تَرَ قَطُّ عَيْنِيْ وَأَجْمَلُ مِنْكَ لَمْ تَلِدَ النِّسَاءُ Dan yang lebih baik darimu belum pernah telihat oleh mata Dan yang lebih indah darimu belum pernah dilahirkan para wanita حَشَاكَ يَارَسُوْلَ اللهِ تَرْضَى وَفِيْنَا مَنْ يُعَذَّبُ أَوْ يُسَاءُ Tidak sesekali wahai Rasulullah akan kau redha Sedangkan diantara kami ada yang diazab dan diperlakukan keburukan keatasnya خُلِقْتَ مُبَرَّأً مِنْ كُلِّ عَيْبٍ كَأَنَّكَ قَدْ خُلِقْتَ كَمَا تَشَاءُ Engkau dicipta bebas dari segala aib Seakan-akan engkau dicipta seperti yang mana yang kau inginkan dirimu diciptakan نَبِيٌّ هَاشِمِيُّ أَبْطَحِيٌّ شَمَائِلُهُ السَّمَاحَةُ وَالْوَفَاءُ Nabi dari Bani Hasyim dari Abtah (sebuah tempat di Mekkah) Keperibadiannya lemah lembut dan penuh kasih dan sayang Dalam beit (rangkap) qara'na fi duha wa lasaufa yu'tika Telah kami baca di dalam Surah Dhuha “Dan kelak kamu akan diberi kurnia”* penyair berkata aku baca dalam surah duha ayat 5 "dan kelak kamu (wahai Muhammad sollallahu alaihi wasallam) akan diberi kurnia maka engkau akan redha (suka). Tafsir menjelaskan bahawa Allah subhanahu wa Ta'ala memberikan apa sahaja permintaan Baginda sollallahu alaihi wasallam lalu Imam Qurtubi menjelaskan dalam tafsir ayat 5 surah duha ini bahawa ketika ayat ini diturunkan maka Baginda sollallahu alaihi wasallam pun berkata "jika begitu aku tidak akan sesekali redha seorang pun dari umatku dicampak kedalam api neraka" maka penyair pun berkata "fasarra qulubana dzakal ato'u" yg bermaksud "Maka gembira hati kami atas kurniaan itu!" Allahumma solli wasallim wa baarik alayh wa ala aalih.................................. Syair yang indah ini dikarang dan telah dilantunkan oleh Hasan bin Tsabit ra, ketika mana beliau diminta untuk menghiburkan Rasul SAW yang sedang dalam kedukaan. SubhanALLAH, merekalah yang terpilih untuk berjuang bersama dengan Rasul SAW, bisa duduk bersama dan menatap wajah Baginda SAW yang mulia....selamat menghayati!!!!barakallahu fikum....




  •  اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Latar belakang saidina hussin serba ringkas-kesinambungan keturunan mulia

Makam Saidinah Hussein. Saidina Hussein merupakan cucu baginda Rasulullah S.A.W. Beliau adalah anak hasil dari perkongsian hidup antara Saidina Ali & Saidatina Fatimah(anak baginda). Beliau merupakan seorang pemuda yang berpegang kepada prinsip. Malangnya, beliau mati dibunuh di Karbala ketika dalam perjalanan ke Kufah oleh tentera Bani Ummaiyyah



     Saidina Hussin dilahirkan di Kota Madinah pada 5 Sya’ban, tahun 4 Hijrah. Perbezaan umur di antara Saidina Hussin dan abangnya Sayyidina Hassan adalah setahun sepuluh bulan. Lahirnya Saidina Hussin turut menambahkan kegembiraan Rasulullah SAW. Baginda yang memberi nama “Hussin” itu yang bermaksud, “Si kecil cantik”.

    Sewaktu menyambut kelahiran cucu lelakinya yang kedua itu, Rasulullah SAW begitu ceria. Sewaktu memangku cucunya itu, tiba-tiba wajah baginda berubah. Orang-orang yang berada di keliling baginda merasa hairan mengapa wajah baginda tiba-tiba berubah sedih. Rupanya Rasulullah SAW sudah tahu bahwa akhir hidup Saidina Hussin amatlah menyedihkan di mana beliau akan dibunuh dengan kejam.Sebagai cucu yang selalu dipanggil sebagai puteranya, Rasulullah SAW sangat sayang sekali dengan Saidina Hussin.

    Pada suatu hari, ketika masih kecil, Saidina Hussin kelihatan bertengkar dengan abangnya Saidina Hassan di hadapan baginda dan ibu mereka, Siti Fatimah. Perkara seperti itu biasa berlaku di kalangan kanak-kanak. Rasulullah SAW segera menegur Hassan. Siti Fatimah merasa kurang senang melihat sikap Rasulullah SAW menegur seorang saja dari kedua cucunya itu. Maka Siti Fatimah berkata:
“Wahai ayah, kenapa menegur Hassan saja?”
“Kerana Jibril sudah menegur Hussin,” jawab baginda.
Tatkala kecilnya Saidina Hussin selalu berada di sisi datukya, sewaktu baginda sedang mengajar para Sahabat. Maka dia mendapat pelbagai ilmu dan contoh teladan dari datuknya itu secara langsung.

     Sebagaimana abangnya, Saidina Hussin juga seorang yang cerdik. Dia telah dapat menghafal hadith-hadith Rasulullah semenjak kecil.Saidina Hussin memang ditakdirkan Allah untuk menjadi seorang yang agung di kalangan umat Islam. Semenjak kecil, beliau menunjukkan contoh-contoh akhlak yang terpuji sebagai mewarisi sifat-sifat ayah dan datuknya. Semenjak kecil juga, beliau telah menunjukkan sifat berani sebagaimana ayahnya juga. Setelah kewafatan Rasulullah, yakni waktu Saidina Umar Al Khattab menjadi Khalifah, ketika beliau sedang memberi khutbah di mimbar, Saidina Hussin yang masih kanak-kanak telah berkata kepada Saidina Umar dengan beraninya,
“Turun engkau dari mimbar ayahku (Rasulullah SAW) dan pergilah berkhutbah di atas mimbar ayahmu.”
Saidina Umar yang suka merendah diri menjawab dengan lembut kepada cucu kesayangan Rasulullah itu,“Ayahku tidak mempunyai mimbar seperti ayahmu.”
Saidina Umar turun dari mimbar dan mengangkat Sayyidina Hussin untuk duduk di sebelahnya sebelum menyambung khutbahnya. Demikian beraninya Sayyidina Hussin waktu kecilnya.

    Pembunuhan Sayyidina Hussin di Karbala Dalam hal keberanian, Saidina Hussin melebihi Saidina Hassan, abangnya. Demikianlah yang telah diwariskan dari Rasulullah SAW untuknya. Beliau banyak menyertai peperangan bersama umat Islam.Sewaktu kewafatan Khalifah Saidina Ali, Sayyidina Hassan telah dilantik sebagai khalifah. Demi menjaga perpaduan umat Islam, akhirnya Saidina Hassan menyerahkan jawatan itu kepada Sayyidina Muawiyah. Saidina Hussin tidak setuju dengan tindakan abangnya itu. Namun karena menghormati abangnya, maka Saidina Hussin mengalah.

     Sebelum Muawiyah meninggal, beliau telah berwasiat agar anaknya Yazid menggantikan tempatnya setelah dia tiada. Waktu itu Yazid memaksa semua para Sahabat membuat pengakuan taat setia kepadanya. Ketika itu Saidina Hussin telah berangkat meninggalkan Kufah, menuju ke Madinah. Sebenarnya ramai yang tidak setuju dengan perlantikan Yazid itu. Penyokong-penyokong Saidina Hussin mengutus surat kepadanya agar dia kembali ke Kufah untuk dilantik sebagai Khalifah. Penduduk Kufah enggan menerima Yazid sebagai khalifah.Sebelum kembali ke Kufah, Saidina Hussin telah mengantar utusannya untuk menyelidiki apakah benar isi kandungan surat itu. Setelah ternyata ia benar maka Saidina Hussin bersiap-siap untuk membawa kaum keluarganya kembali ke Kufah. Saidina Hussin yang sangat baik, tidak sedikit pun menaruh prasangka bahwa suatu yang buruk akan menimpa dirinya dan ahlul bait yang lain.

    Para Sahabat Rasulullah yang masih hidup ketika itu menasehati Saidina Hussin agar jangan kembali ke Kufah karena keadaan ketika itu sangat bahaya. Kerabatnya yang terdekat iaitu Abdullah bin Abbas telah bersungguh-sungguh mencoba menghalangi Saidina Hussin namun Saidina Hussin tetap dengan pendiriannya. Kemudian Abdullah menasehainya pula agar jangan membawa ahli-ahli keluarga karena bimbang jika apa yang menimpa Khalifah Uthman bin Affan juga akan menimpa Saidina Hussin.

    Sewaktu Khalifah Uthman dibunuh oleh pemberontak, peristiwa itu disaksikan oleh ahli keluarganya sendiri. Abdullah bimbang jika keluarga dan keturunan Rasulullah SAW akan dibunuh semuanya.Saidina Hussin tetap mau membawa keluarganya bersama. Maka akhirnya rombongan Saidina Hussin yang terdiri dari 72 orang pun berangkat ke Kufah. Kebanyakan anggota rombongan adalah wanita dan kanak-kanak termasuk anak Saidina Hussin iaitu Ali Zainal Abidin yang sedang meningkat remaja.Ada pihak memberitahu Yazid bahwa Saidina Hussin hendak merampas kuasa. Maka Yazid telah menghantar tentaranya untuk menghalangi Saidina Hussin dari dibaiat oleh penduduk Kufah.

    Ada riwayat yang menyatakan bahwa Yazid cuma mengarahkan tenteranya untuk mengintrogasi, bukan untuk membunuh Saidina Hussin dan keluarganya. Namun, apa yang berlaku seterusnya sungguh sangat menyayat hati.Rombongan Saidina Hussin yang seramai 72 orang itu terpaksa berhadapan dengan tentara Yazid sebanyak 4000 orang. Terjadilah peristiwa berdarah di Karbala. Pembunuhan kejam terhadap kaum keluarga Rasulullah SAW di Karbala itu berlaku pada 10 Muharram tahun 61 Hijrah. Pertempuran itu telah menyebabkan hampir seluruh anggota rombongan Saidina Hussin dibunuh.Pertempuran itu berlaku dari waktu subuh hingga ke waktu Asar.

    Sungguhpun rombongan Saidina Hussin, kecil jumlahnya namun mereka bermati-matian mempertahankan diri. Dalam perang itu, Saidina Hussin menunjukkan keberanian luar biasa. Walaupun dalam keadaan sulit dan bahaya, beliau sempat mengerjakan solat Zuhur dan Asar.Apabila hampir senja, tinggal beberapa orang saja dari kalangan keluarga Saidina Hussin sedangkan pihak musuh telah kehilangan hampir 1000 orang tentaranya. Pertempuran yang berlangsung begitu lama menunjukkan betapa hebatnya Saidina Hussin dan anak-anak buahnya menentang musuh. Akhirnya Saidina Hussin menemui ajalnya apabila sebatang anak panah tiba-tiba mengenai tubuhnya, tepat di bahagian jantungnya.

     Dalam keadaan berlumuran darah dan amat letih setelah sehari suntuk berperang, Saidina Hussin menghembuskan nafasnya yang terakhir di Padang Karbala itu.Kata-kata terakhir yang diucapkannya,“Oh Tuhan, mereka telah membunuh putera Nabi Mu sedangkan di dunia ini tiada lagi putera Nabi selain aku.” Dalam perang itu mereka yang selamat adalah wanita dan kanak-kanak termasuklah adik Saidina Hussin, iaitu Zainab Al Kubra dan anak Saidina Hussin iaitu Ali Zainal Abidin. Ali Zainal Abidin lah yang menjadi penyambung keturunan Rasulullah. Dia juga nyaris dibunuh tetapi Tuhan mengkehendaki agar bersambungnya keturunan Rasulullah, maka dia selamat.

     Kepala Saidina Hussin telah dipotong dan dihantar kepada Yazid.Demikianlah perginya cucu kesayangan Rasulullah SAW itu. Dia menjadi korban keganasan fitnah oleh golongan yang cinta dunia. Menurut suatu keterangan sejarah, tiada seorang pun dari mereka yang terlibat dalam pembunuhan Saidina Hussin dan ahlul bait di Karbala itu selamat. Allah telah menyegerakan hukuman untuk mereka di dunia lagi. Ada yang mati dibunuh, ada yang jadi buta, ada yang mukanya jadi hitam dan macam-macam lagi. Bahkan ada yang kehilangan kuasanya dalam waktu yang singkat. Mereka berniat untuk membunuh keturunan Rasulullah SAW tetapi Allah menyelamatkan Ali Zainal Abidin, anak lelaki tunggal Saidina Hussin sebagai penyambung zuriat baginda. Dari Ali Zainal Abidin, lahir ramai keturunan yang mulia dan suci ini.

Muhibbul Habib saw :
Drpd S.Ali kw, Rasul saw mencapai tangan Hasan & Husin lalu berkata: "Sesiapa yang mengasihiku & mengasihi kedua orang cucuku ini serta ibubapa mrk (S.Ali & S.Fatimah ra), maka mrk akan bersamaku di dalam kedudukanku (akan berada hampir dgnku di dlm syurga/berada dlm kedudukan ahli baitku) pada hari kiamat." Riwayat Imam Ahmad & Imam Tirmizi.

Thursday, June 16, 2011

Detik Detik "Kepergian Rasulullah!" (Sollallahu 'Alaihi Wassalam)

BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM.....

..................
Rasulullah saw berdiri dihadapan para sahabat dan 120 ribu orang jemaah yang ikut serta dalam Haji Wadaa, saat itu Beliau mengucapkan salam perpisahan kepada ummatnya. Baginda berkata: "Wahai sekalian manusia ! Dengar dan sadarilah bahwasannya aku tidak akan bertemu dengan kalian lagi selepas tahun ini"

Semua terdiam!
Suara itu seperti menggelegar menggetarkan, suasana haru meliputi wajah wajah Ummat. Mereka mendengarkan kata kata Rasulullah (Shalallahu 'Alaihi Wassalam), Baginda berwasiat serta menasihati mereka tentang Ikatan mereka bersama, tentang Rabb serta Agama Mereka.

Disaat itulah, Allah Ta'ala menurunkah ayat terakhir Nya kepada Rasulullah (Shalallahu 'Alaihi Wassalam):

"...Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridai Islam itu jadi agama bagimu". (Al Maidah : 3)

Kemudian Rasulullah (Shalallahu 'Alaihi Wassalam) pulang ke Madinnah, saat itu memasuki bulan Rabiul Awal, Baginda mulai merasakan letih di badannya pada awal bulan itu. Baginda ditimpa Demam yang menyebabkannya tubuhnya terjatuh kebumi.

Baginda Sakit!
Baginda saat itu meminta tubuhnya agar di sirami Air agar segar, setelah disirami air, Rasulullah (Shalallahu 'Alaihi Wassalam) pun menjadi segar. Rasulullah keluar melangkahkan kakinya dibimbing oleh Imam Ali Bin Abu Thalib dan Fadhol Bin Abbas R.A.

Rasulullah menghadapkan wajahnya yang muliah kepada para sahabat.
Para sahabat bergembira melihat Rasulullah(Shalallahu Alaihi Wassalam) muncul kembali dihadapan mereka. Baginda duduk diatas Mimbarnya dan para sahabat terdiam mendengarkan Baginda berkhutbah dengan Khutbah perpisahan.

Rasulullah berpesan kepada Sahabat agar berbuat baik kepada keluarganya, berbaik kepada wanita dan berwasiat dengan kata kata; "Jangannlah kamu kembali menjadi kafir selepas kepergianku, dan kamu saling berperang antara satu dengan yang lain.."

Para sahabat merasa amat tersentuh dengan perpisahan yang akan dilalui antara mereka dengan Rasulullah, dan mereka bertanya: "Wahai Rasulallah! Jikalau engkau wafat, siapa yang akan memandikannmu?"

Rasulullah saw menjawab: "Seseorang dari Keluargaku"


"Dengan apakah kami akan mengkafankanmu?"
Airmata Baginda berlinang ketika melihat keresahan para sahabat, Baginda menjawab:"Dalam pakaianku ini, atau kain dari yaman, atau jubah dari Syam ataupun kapas dari Mesir"

Mereka bertanya lagi: "Siapakah yang akan mengurus penguburanmu? Adakah dari keluargamu?"

Para sahabat terus bertanya tanya mengenai persiapan serta kepergian baginda, dan Baginda pun menangis.

Baginda Berkata: "Berlembutlah dengan Nabimu", Bagindapun berdiri dan melangkah memasuki kerumah-nya, lalu Baginda merebahkan dirinya di pembaringan.

Sahabat bertambah Bimbang..


Saat itu kumandang adzan di masjid Rasulullah telah selesai, sedangkan Imam mereka (Rasulullah) tidak keluar untuk shalat bersamam mereka, para sahabat semakin khawatir, mereka meninggalkan segala aktivitas mereka dan berkumpul sana untuk mengetahui perkembangan kesehatan Rasulullah saw.. .

Mereka Bertambah Khawatir...

Rasulullah saw berkata kepada Aisyah Ra;"Perintahkan Abu Bakar Untuk mengimani Shalat" Aisyah Berkata; "Ayahku adalah seorang yang kurus dan Aku Meragukannya, beliau menangis dan tak mampu untuk berdiri.. Perintahkanlah Umar Wahai Rasulullah.."

Karena Rasulullah Shalallahu Alaihi Wassalam tetap menginginkan Abu Bakar untuk mengimani Shalat sebagai penggantinya, maka Abu Bakarpun bangun, meng-Imami Shalat di mesjid..

Baru pada waktu shubuh, Senin 12 Rabiul Awal, kesehatan Rasulullah saw membaik..
Rasulullah menyingkapkan tirai pintu rumahnya. Beliau menatap wajah para Sahabat.. Mereka Shalat dengan khusyuk dan tunduk dihadapan Allah di belakang syaidinna Abu Bakar.

Segala Puji Bagi Allah..
Masjidnya bercahaya dengan kemunculan Rasulullah Shalallahu Alaihi Wassalam, beliau memperhatikan para sahabatnya,..

Dikisahkan para sahabat berkata; "Kami hampir hampir lalai dari shalat kami, ketika tibanya Rasulullah Shalallahu Alaihi Wassalam.. Syaidinna Abu Bakar Hampir saja mundur dari tempatnya menjadi Imam saat itu.. dan para sahabat hampir hampir berpaling.. Tapi kemudian Rasulullah Shalallahu Alaihi Wassalam menunjuk dengan tangannya "Tetaplah ditempatmu.."

Kemudian Baginda menutup tirai di pintu dan masuk lagi ke rumahnya. "Itulah Hari terakhir Baginda memandang sahabat-sahabatnya.."


Para sahabat saat itu bergembira ketika melihat Rasulullah Shalallahu Alaihi Wassalam memperhatikan mereka dari pintu rumahnya. Mereka mengira Rasulullah Shalallahu Alaihi Wassalam kembali sehat hingga sebagian mereka kembali ke pekerjaan masing masing dan tetap mengira bahwa Rasulullah Shalallahu Alaihi Wassalam kembali sehat.

Aisyah ra, mengisahkan;
"Rasulullah saw meminta izin kepada semua istrinya untuk dirawat di rumahku, dan mereka mengizinkannya. Hari senin, yaitu hari wafat beliau pun tiba.. Ruh baginda diambil di rumahku dan dalam dekapanku"

Aisyah ra berkata; "Sebelum itu kami mendengar gerakan dibalik pintu dan itulah Jibril meminta izin dari Rasulullah untuk Masuk, dan Rasulullah mengizinkannya. Kemudian aku mendengar Rasulullah berkata kepadanya; "Wahai Jibril! Allah Ta'ala, Allah Ta'ala!"

Kemudian Aku bertanya: "Apa yang terjadi Wahai Rasulullah?"
Rasulullah Menjawab: "Itulah Jibril berkata bahwa Malaikat Maut berada didepan pintu meminta Izin..

Jibril Berkata:"Malaikat Maut itu tidak meminta Izin, dari sesiapapun sebelum dan sesudahmu.. Allah menyampaikan Salam kepadamu,.. Allah telah Merinduimu?"

Selepas itu Malaikat Ijrail berkata:
"Jika engkau menghendaki aku akan mencabut ruhmu untuk menemui Allah, jikalau tidak aku akan biarkan sesuai masa waktu yang engkau inginkan.."

Dan Rasullullah Shalallahu Alaihi Wassalam memilih Allah ta'ala..

Kemudian malaikat mautpun masuk,
Dia mengucapkan salam kepada Nabi dan berkata; "Wahai Rasulullah! Apakah engkau Mengizinkanku?"

Baginda Menjawab:
"Terserah kepadamu, berlembutlah ketika mencabut nyawaku... Ahhh..."


"Ahhhh..."
(Rasulullah Shalallahu Alaihi Wassalam Kesakitan)

Rasulullah Shalallahu Alaihi Wassalam berkata kepada Malaikat maut; "BERLEMBUTLAH KEPADAKU, WAHAI SAUDARAKU MALAIKAT MAUT"

Malaikat maut mencabut nyawa yang sangat mulia itu,
KERINGATPUN BERCUCURAN DARI DAHI RASULULLAH ... laksana butiran permata yang berbau kasturi. Nabi mengusap peluh dari dahinya dan meletakannya dalam sebekas air di tepinya untuk menyejukan tubuhnya..

Baginda Berteriak:
"Ahhhh...! Ahhhh.. Ahhh..! Kematian itu Amat menyakitkan!. Ya Allah! Ringankan kesulitan Maut Terhadapku..Ringankan kesulitan Maut Terhadap Ummatku.."

Maka para Malaikat dari Langitpun turun dan berkata: "Ya Rasulullah! Sesungguhnya salam dan sejahtra Keatasmu.."

Sesunggunya perihnya sakaratulmaut adalah 70 kali lebih sakit daripada tusukan pedang

MAKA MENANGISLAH RUH BAGINDA..
Dalam kesakitan sakaratul maut baginda berdoa: "Ya Allah Ringankanlah Kesulitan maut untuku dan Ummatku"

"YA ALLAH! RINGANKANLAH KESULITAN MAUT TERHADAPKU DAN UNTUK UMMAT KU... Ringankanlah Kesulitan maut untuku dan Ummatku.."



Rasulullah terbaring,
Lidahnya tidak bisa bertutur lagi dan tidak terdengar apa apa dari baginda..
Hal terakhir yang diucapkan Baginda adalah: "Allah. Allah. Shalat. Shalat"

Adakah hati yang tidak bergetar mendengarnya...
Begitu sayangnya beliau kepada kita, Ummatnya..
Hingga disaat saat paling menyakitkan...
Disaat sakaratulmaut ..
Disaat saat terakhir di bumi Ini...
Disaat saat nafas terakhir itu, saat Ruh itu hampir terlepas dari raga..

Beliau Masih menyempatkan Do'a untuk kita...


Jazakumullahu ya Rasulallah..

Maafkan kami...
Wahai Rasul Allah...
Wahai Kekasih Allah..
Maafkan kelalaian kami dalam menapaki sunnah sunnahmu..

Cahaya memancar dari wajahnya, meliputi keluarganya.
Ruh bagindapun sampai kepada halqumnya. Baginda membuka kedua belah matanya. Baginda menunjukan syarat dengan jari ketauhidannya, Baginda menghirup nafas terakhirnya di dunia ini lalu menyerahkan rohnya kepada Tuhannya.

Sejahteralah jasad baginda..
Setelah melalui hari harinya yang memenatkan serta meletihkan untuk kita, Umatnya.

Sejahteralah jasad baginda...
Beliau bisa beristirahat setelah perutnya yang di ikat dengan batu karena kelaparan untuk kita,.
Sejahteralah jasad yang pernah dilempari batu sehingga terluka untuk kita.

Sejahteralah gerhamnya yang pernah patah untuk kita, Umatnya.
Sejahteraah Jasad yang pernah pernah terluka dan mengalir darahnya lalu baginda menahan dengan tangannya, untuk menjaga darah yang bersih itu terjatuh ketanah sebagai rahmat bagi mereka dan kita dari kemurkaan Allah.

Sejahteralah jasad yang pernah dimasuki sesuatu kedalam daging pipinya untuk kita.
Sejahteralah jasad yang kakinya bengkak disebabkan pengabdiannya pada Allah serta dakwah untuk kita.
Sejahteralah jasad yang memikul kesukaran, keletihan, kesakitan dan kelaparan untuk kita, Ummatnya.

Rumah itu diselubungi dengan tangisan, menyaksikan kepergian peminpin mereka setelah ruh meninggalkan jasadnya..
Masjidpun diselubungi dengan kesedihan..

Ketahuilah!

Bahwa kepedihan telah menimpa Nabi..
BERITA itu pun tersebar keseluruh Kota Madinah..

Sayyidina Alli bin Abi Thalib berada disamping baginda,
Siti Aisyah menangis, ruhnya terguncang. Lalu, Sayyidina Alli membawa dan meletakan Tubuh Rasulullah saw di kamarnya, ketika Ruh Rasulullah hampir keluar Sayyidina Ali pun terjatuh. Beliau tidak kuat berdiri, ..

Ditengah tangisan yang menyelubungi rumah duka itu, tiba tiba terdengar satu suara yang tidak diketahui dari mana asalnya: "Kita adalah Milik Allah, dan padanya Kita akan Kembali, Wahai penghuni rumah, Allah membesarkan pahalamu, bersabarlah dan bermuhasabahlah dengan musibah itu. Sesungguhnya Rasulullah mendahuluimu sekalian di Syurga".

Mereka terdiam dan menjadi tenang,
Setelah suara itu berhenti, mereka menangis lagi.

Demi Allah, kita ini tidak pernah diberi musibah seperti yang mereka rasakan, tiada satu rumahpun yag merasa kehilangan seperti yang mereka rasakan saat itu..

Khabar itu pun tersebar keseluruh Madinah..,

Para sahabat panik.
Sebagian mereka menyeru; "Wahai Para sahabat! Tidak kah kamu mengetahui bahwsannya baginda adalah manusia dan akan Wafat?"
Sebagian mereka berkata: "Ya. Tapi kehidupannya kekal didalam diri kami dan memberi tamparan hebat kepada jiwa kami"

BERGETARLAH HATI PARA SAHABAT..

Sayyidina Umar Bin Al-Khatab mengeluarkan pedangnya dan mengacungkannya di jalan. Beliau hilang pertimbangan karena kesedihan itu, beliau berteriak:

"Sekelompok dari orang-orang munafik berkata bahwa Rasulullah telah mati. Rasulullah tidak mati. Akan tetapi Rasulullah menuju kepada Rabbnya sebagaimana perginya nabi Musa dan Baginda kembali kepada Kita. Siapa yang mengatakan bahwa Rasulullah telah mati, aku akan menyentuhnya dengan pedangku ini "

Sayyidina Utsman bin Affan membisu, tidak berkata apa apa. Ketika fikiran mereka terganngu, hati mereka pun kebingungan..

Kemudian sampailah berita ini kepada Abu Bakar Assidiq,
Diapun merasakan keadaan yang begitu menyedihkan itu. Dia segera menuju Madinnah menuju masjid nabawi, melintasinya dan sampailah kekamar Rasulullah. Beliau meminta izin kepada penghuni rumah itu untuk masuk dan lalu dizinkan masuk.

Sayyidina Abu Bakar masuk dalam keadaan dadanya yang berdebar debar dan keluh kesah seakan nyawanya yang dicabut. Beliau menangis, terdengar seperti suara yang menggeletar yang memasuki air. Dia berpaling, airmatanya bercucuran melihat jasad Nabi diliputi kain, beliau membuka kain yang menutupinya untuk menatap wajah yang paling mulia itu.

Beliau memandang wajah Nabi dalam dalam, beliau meletakan wajahnya dan mencium wajah dan pipi Rasulullah saw.

Beliau menangis sambil berkata:
"Demi ibu dan ayahku wahai Rasulullah, betapa mulianya kehidupan dan kewafatanmu. Allah tidak akan merasakan untukmu kewafatan kedua kalinya untukmu. Jikalau tangisan itu bermanfaat bagimu, niscaya air mata ini akan terus berlinangan. Tetapi tiada tempat mengadu melainkan Allah. Kita Milik Allah dan kepadanya kita akan Kembali

Aku bersaksi Bahwa Tiada Tuhan selain Allah dan kamu wahai Muhammad adalah utusan Allah..
Engkau telah sampaikan Risalah dan sampaikan amanah, hingga engkau meninggalkan kami diatas jalan yang bersih"

Nafas Beliau tersedu sedu dalam tangisan,
Beliau memandang jasad Rasulullah saw dan berkata kata lagi: "Ingatlah kami disisi Tuhanmu Wahai Muhammad..."

Hari itu madinah menjadi Layu..

Sahabatku mari kita berdo'a dalam suasana hati yang sedang lembut ini,

Wahai Allah..

WAHAI YANG MAHA HIDUP LAGI MENGHIDUPKAN, PENGGERAK LANGIT DAN BUMI..
BANTULAH KAMI UNTUK SENANTIASA MENGINGAT DAN MENSYUKURI SERTA BERIBADAH KEPADAMU DENGAN SEBAIK BAIKNYA

WAHAI ALLAH PERLIHATKANLAH KEPADA KAMI KEBENARAN ITU SEBAGAI KEBENARAN DAN ARAHKAN KAMI UNTUK MENGIKUTINYA.

AMPUNKANLAH KAMI DENGAN TAUBATANNASUHA.
BERSIHKANLAH KAMI DENGANNYA PADA TUBUH BADAN HATI DAN RUH KAMI.

Ya Allah Peliharalah Kami.

Ampunilah dosa kami yg telah lalu, dan Kumpulkanlah Jemaah kami pada hari kiamat beserta Rasulullah dan Sahabat serta orang orang yang dikasihi.

Ya Allah hidupkan Kami dengan Mencintainya
Ya Allah Hidupkanlah kecintaannya dalam Hati Kami,

Hidupkan cahayanya dalam batin Kami.
Hidupkan Hidayahnya dalam Zahir kami. hidupkan perjalanannya dalam Rumahtangga dan kehidupan Kami

WAHAI ALLAH !
JANGAN ENGKAU TANGGALKAN DARI HATI KAMI CAHAYA IKATAN DENGAN SAYYIDINA MUHAMMAD SHALALLAHU ALAIHI WASSALAM

====================
Amiin Ya Allah Ya Robbal Alamiin.
====================

Sahabat Pena,
Kisah diatas adalah kisah Sohih yang dikisahkan Habib Ali Aljufri dalam kunjungannya ke Malaysia yang dirakam dan diterjemahkan kedalam bahasa melayu...m0ga ia bermanfaat untuk semua shbt2...

Silahkan semak video Aslinya yang berbahasa Arab dan Terjemahan Versi Melayu disearch di Youtube.

Semoga catatan ini menyentuh dan menyegarkan kembali ingatan kita kepada Jalan Rasulullah saw dan Sunnah Sunnah nya.
Semoga dari pena sederhana ini, bisa sedikit menahan dan mengingatkan jiwa yang sering lalai dan terbuai, termasuk nasihat pada diriku sendiri....hidup dan tegakkan jalan ahlul sunnah wal jamaah,Allahu Akbar....

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Kisah Nabi Muhammad dan pengemis Yahudi Buta

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Alkisah, hiduplah Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta hari demi ia lalui dengan selalu berkata "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya".


Setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah SAW melakukannya hingga menjelang Beliau SAW wafat. Setelah kewafatan Rasulullah tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.

Suatu hari Abubakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya, "anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan", Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya, "Wahai ayah engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja". "Apakah Itu?",tanya Abubakar r.a. Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana", kata Aisyah r.ha.

Ke esokan harinya Abubakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abubakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya. Ketika Abubakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, "siapakah kamu ?". Abubakar r.a menjawab, "aku orang yang biasa". "Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", jawab si pengemis buta itu. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan pada ku dengan mulutnya sendiri", pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abubakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW. Setelah pengemis itu mendengar cerita Abubakar r.a. ia pun menangis dan kemudian berkata, benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abubakar r.a.

Dari kisah diatas kita dapat ketahui betapa mulianya sifat nabi Muhammad yang suka menolong sekalipun kepada pengemis yahudi yang selalu menghinanya. Beliau tidak marah malah sebaliknya beliau menunjukkan kecintaannya kepada orang yang membencinya. Semoga ini kisah ini bisa menjadi teladan untuk kita berbuat baik kepada siapapun sekalipun kepada orang yang membenci kita....Allahu Akbar....kasih dan cintanya kita kpd junjungan besar Nabi Muhammad sollallahu alaihi wasallam...salam tarbiyah bwt semua shbt!!!!

Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan Dia banyak menyebut Allah. (Al-ahzab:21)...


‎"Cintailah orang soleh, kerana mereka memiliki kesolehannya, cintailah Nabi Muhammad s.a.w., kerana dia kekasih Allah SWT dan cintailah Allah SWT, kerana dia kecintaan Nabi dan orang soleh."

(Imam Syafie)

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

6 tips menambah kecintaan terhadap Rasulullahﷺ oleh Syekh 'Awad Al-Manqoush

بسم الله والحمد والصلاة والسلام على رسول الله

Syekh 'Awad Al-Manqoush حفظه الله berkongsi 6 tips bagi mereka yang ingin menambahkan kecintaan kepada Sayyidina Rasulullah ﷺ :

1)Membaca sirah Rasulullah ﷺ sekurang-kurangnya 8 kali
2)Membaca Syamail Muhammadiyah sekurang-kurangnya 4 kali
3)Membaca kutub sittah (apa yang termampu) sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
4)Berselawat ke atas Rasulullah ﷺ sekurang-kurangnya 100 kali pada waktu pagi dan 100 kali pada waktu petang.
5)Melazimi majlis muhibbin Rasulallahﷺ
6) Makan tamar Madinah (kerana padanya turbah Al-Madinah)

~ Cinta bukan hanya setakat di bibir. Cinta perlukan bukti! Ayuh teman2, sama-sama kita buktikan cinta kita terhada Kekasih ﷺ.<3<3<3
والله المستعان...


“Tidak ada satu perkara yang lebih memberi manfaat untuk menerangkan hati melainkan dengan banyak mengingatkan Nabi sollallahu ‘alaihi wasallam dan mengucapkan selawat keatasnya.” oleh Kiayi Agung as-Sayyid Shaykh Muhammad ibn Abdullãh as-Suhaimi dalam kitabnya Nafahãtul Miskiyyah.

Telah diriwayatkan bahawa Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Tidak duduk (yakni hadhir) sesuatu kaum dalam sebuah majlis kemudian mereka berpisah atau bersurai tanpa berselawat ke atasku melainkan perpisahan mereka itu atas bau busuk seperti bau bangkai himar." Hadith riwayat Imam Ahmad, dihukumkan sahih oleh al-Imam Suyuţi di dalam kitab al-Jami’ as-Saghir.

Marilah meraikan dan menghidupkan hari-hari Allah! Marilah meraikan dan menghidupkan penghayatan kepada peristiwa-peritiwa agung di dalam sejarah Islam!

Marilah memperingati perjalanan agung kekasih kita Sayyidina Muhammad ibn Abdullah!
memperingati perjalanan agung Isra’ & Mi’raj sebaik-baik manusia.
Telah berkata al-Imam Ibnu Hajar al-Haitami asy-Syafi’ie dalam kitabnya “Ni’matul Kubra ‘alal ’alam fi Maulidi Sayyidi Waladi Adam” : Telah berkata Sayyidina Abu Bakar radhiyallahu ‘anhu : “Barangsiapa menaja satu dirham bagi menggalakkan bacaan Maulid Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam adalah si penaja itu menjadi temanku (insya’Allah) di dalam Syurga.”

Ya Allah, limpahkanlah semulia-mulia selawat dan salam ke atas Penghulu dan Nabi kami Muhammad yang amat pengasih lagi penyayang....

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم